Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Kutip Sisa Makanan Kenduri, Cuci & Masak Semula Demi Anak-Anak, Kisah Ini Undang Air Mata..

makanan kenduri

Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mengundang sebak apabila seorang wanita menceritakan pengalaman hidupnya membesar dalam keluarga yang serba kekurangan sehingga ibu bapanya terpaksa mengutip sisa makanan kenduri untuk dijadikan hidangan buat anak-anak.

Baca juga: Baru Lepas Bersalin, Ibu Dakwa Dipaksa Hantar Selfie Dengan Bayi Kepada Bos Sebagai ‘Bukti’ Bersalin

IBU KUTIP SISA MAKANAN KENDURI DAN MASAK SEMULA UNTUK ANAK ANAK

makanan kenduri

Foto: Threads @mama_yuyu88

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan berkata ibunya bekerja mencuci pinggan di majlis kenduri.

Ketika mengemas pinggan tetamu, ibunya akan mengumpulkan sisa ayam yang tidak dihabiskan. Bagi mengelakkan timbul persoalan, ibunya memberitahu tuan rumah bahawa sisa makanan tersebut mahu dibawa pulang untuk diberikan kepada kucing.

Mak aku cuci pinggan kat kenduri dan ambil semua sisa ayam dari tetamu yang tak habis makan. Mak aku cakap dengan tuan rumah buat untuk kucing. Tapi sampai balik rumah, mak ayah aku cuci bersih-bersih dan masak semula. Masa tu kami adik-beradik punya seronok dapat juga merasa makan ayam. Al-Fatihah untuk arwah abah dan mak.

Menurut wanita itu, ketika masih kecil, dia dan adik-beradik tidak memahami pengorbanan ibu bapa mereka. Apa yang mereka tahu hanyalah rasa gembira kerana akhirnya dapat menikmati lauk ayam.

Kini, apabila dikenang semula, kenangan itu menjadi bukti besarnya kasih sayang ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak dapat mengisi perut.

Ramai Netizen Turut Kongsi Pengalaman Hidup Susah

makanan kenduri

Foto: Gemini AI

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai mengakui tersentuh hati dan ada juga yang berkongsi pengalaman membesar dalam keadaan serba daif.

Ada yang menyedari bahawa masih ramai insan pernah melalui kehidupan yang jauh lebih sukar daripada apa yang mereka alami.

Rasanya macam dah pernah hidup susah, rupanya ada yang lagi susah. Semoga sis dimurahkan rezeki dan dapat ubah nasib keluarga.

Seorang lagi netizen memuji pengorbanan ibu bapa wanita tersebut yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Betul ke ni? Ya Allah sedihnya saya baca. Tapi saya bangga dengan parents akak sebab sehabis baik mereka cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga arwah abah dan mak akak dalam kalangan orang beriman.”

Selain itu, ada juga yang mengimbau kembali zaman membesar dalam serba kekurangan, namun tetap bersyukur dengan kehidupan yang dinikmati hari ini.

Al-Fatihah untuk kedua orang tua awak. Sedihnya ingat kisah-kisah dulu. Tapi semua kita hidup bahagia walaupun tak cukup makan. Alhamdulillah dengan apa yang kita ada sekarang.

Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa setiap keluarga mempunyai kisah perjuangan yang berbeza. Di sebalik setiap kesusahan, terselit pengorbanan besar seorang ibu dan ayah yang sanggup mengetepikan rasa malu dan penat demi melihat anak-anak membesar dengan cukup makan serta meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Baca juga: Tak Perlu Sentuh Kad Apa-Apa! Kini Bayar Tol Guna Nombor Plat Kereta, Ini Cara Guna JustGo Malaysia

Sumber: Threads @mama_yuyu88

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×