Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Basuh Tangan Guna Air Sirap Kenduri, Penjelasan Ustaz Buat Netizen Sebut ‘Allahuakhbar’!

basuh tangan

Perasan atau tidak, terdapat segelintir individu yang hadir ke kenduri kahwin akan basuh tangan mereka menggunakan air sirap setelah selesai makan. Tindakan tersebut dilakukan kerana mereka malas untuk bangun dari tempat duduk kerana risau akan ‘direbut’ oleh orang lain.

Namun, tahukah anda bahawa perbuatan membasuh atau mencuci tangan setelah selesai makan dengan air dari kenduri sebegini adalah HARAM?

Baca juga: Gadis Bingung Bapa Suruh Buat Majlis Kahwin Di Pasar Tani, Rupanya Idea ‘Aneh’ Ini Bukan Cakap Kosong!

BASUH TANGAN GUNA AIR SIRAP KENDURI ADALAH HARAM- UAI

basuh tangan

Foto hiasan.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan bahawa haram bagi kita untuk guna air sirap kenduri buat basuh tangan memandangkan minuman terbabit disediakan tuan rumah untuk membasahi tekak. Contoh air sirap diberikan kerana seringkali kenduri kahwin akan menghidangkan air tersebut.

UAI jelaskan tentang hal ini dalam salah satu ceramahnya apabila mendapat pertanyaan dari hadirin yang hadir dan dikongsikan dalam TikTok dikenali sebagai abdmanbindin.

Tindakan tersebut seakan sudah menjadi kebiasaan apabila ada sesetengah individu menjadikan air minuman sebagai air basuhan tangan hanya kerana malas untuk bangun dan pergi ke tempat yang sepatutnya. Walaupun ia terlihat remeh, namun ternyata hukumnya adalah dilarang.

“Kalau pergi rumah orang kenduri, jangan basuh tangan dengan air sirap. Haram. Ramai orang basuh (guna air sirap). Dia malas nak berjalan sebab paip jauh. Dia ambil sirap itu..”

“Kerana air itu disediakan oleh tuan rumah untuk diminum. Situ haram. Ha kena jaga, jangan buat lebih kurang,” ujarnya.

Perkongsian tersebut telah ditonton lebih daripada 100 ribu sejak dimuat naik tempoh hari. Kebanyakan warganet yang baru tahu tentang hal tersebut mengakui bahawa pernah melakukan hal sebegitu namun ternyata, tindakan berkenaan adalah haram.

@abdmanbindin Air Basuh Tangan Kenduri #dakwah #ceramah #ustazazharidrus #kenduri ♬ original sound – AbdulRahman – Abdul Rahman

*Jadi, bila dah tahu hal ini, jangan buat lagi ya. Lagipun, melekit tangan kalau basuh guna air sirap…

Baca juga: Kos Kenduri Kahwin Dijangka Meningkat 20% Tahun 2025, Harga Barang Naik Semua Naik!

Sumber: BisnesAirBalang(foto), Tiktok @abdmanbindin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×