Merancang percutian keluarga tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Hal ini kerana di seluruh Malaysia sendiri, terdapat pelbagai hotel bajet dan homestay mesra keluarga yang menawarkan penginapan selesa pada harga serendah RM100 semalam!
Sama ada anda bercadang untuk berjalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur, menikmati udara sejuk di Cameron Highlands, atau bersantai di pantai Langkawi, pilihan penginapan bajet tetap tersedia. Oleh itu, ini 10 hotel terpilih dari setiap negeri yang bukan sahaja menjimatkan, malah selesa dan sesuai untuk satu keluarga.
Baca juga: 10 Pilihan Terbaik Hotel Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia Tahun 2025, ‘Confirm’ Tak Nak Balik!
10 HOTEL BAJET & MESRA POKET UNTUK SEISI KELUARGA, BEST!
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

– The Mesui Hotel, Bukit Bintang – RM89 : Terletak di pusat bandar, berdekatan dengan tarikan utama seperti KLCC dan Pavilion.
2. Perlis

– T Hotel Kuala Perlis – RM70 : Terletak berhampiran jeti Kuala Perlis, sesuai untuk keluarga.
– Kejora Homestay – RM80 : Homestay dengan pemandangan menarik, sesuai untuk penginapan keluarga.
3. Kedah

– T Star Cottage, Langkawi – RM84 : 5 minit berjalan kaki dari Pantai Tengah, reka bentuk unik dan nyaman.
4. Pulau Pinang

– M Qube Hotel, Bayan Lepas – RM58 : Penginapan futuristik dengan harga berpatutan.
– Arte S by Fify Suite – RM95 : Reka bentuk seni moden dengan fasiliti lengkap.
5. Perak

– Patro (Perak Agro Tourism Resort), Tanjung Tualang – RM90 : Penginapan berkonsepkan agro dengan pelbagai aktiviti riadah.
6. Selangor

– New Wave Shah Alam Hotel – RM51 : Lokasi strategik dengan kemudahan asas.
– Al Hawi Guest House – RM69 : Penginapan selesa sesuai untuk keluarga.
7. Melaka

– Venus Boutique Hotel – RM59 : Berhampiran Menara Taming Sari dan tarikan utama lain.
– Hollitel Hotel – RM55 : Penginapan berpatutan di pusat bandar Melaka.
8. Pahang

– Hotel Rose, Tanah Rata – RM75 : Penginapan sederhana tetapi selesa.
– Hotel Titiwangsa, Brinchang – RM95 : Lokasi strategik dengan pemandangan menarik.
9. Terengganu

– The Inn Hotel, Kuala Terengganu – RM67 : Berhampiran KTCC Mall, sesuai untuk keluarga.
– DJ Citi Inn, Kuala Terengganu – RM68 : Lokasi di pusat bandar, akses mudah ke tarikan utama.
10. Sabah

– Borneo Tree House, Kota Kinabalu – RM85 : Penginapan unik dengan suasana hutan yang nyaman.
*Penting juga diingatkan bahawa harga yang disenaraikan dalam ini boleh berubah mengikut musim seperti musim cuti sekolah. Kena semak selalu okay!
Baca lagi: 11 Pulau Tercantik di Semporna Sabah Untuk Penyelam & Pencinta Alam, Tenangnya Rasa Hati!
Sumber: Booking.com
REV Media Group melalui MyResipi, SirapLimau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin. Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik. Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
