Euforia Bola 2026
Famili

“Penuh Pasangan Muda Bermanja”- Nabila Razali Kongsi Cabaran Ibu Bapa Bawa Stroller Di Mall, Patutlah Ramai Marah..

stroller bayi

Nampaknya, isu siapa yang lebih layak menggunakan lif di pusat beli-belah masih menjadi perdebatan. Hampir setiap minggu, ada sahaja kisah dikongsikan di media sosial tentang pengunjung yang kurang prihatin terutamanya apabila melibatkan ibu bapa yang membawa stroller bayi.

Terbaharu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali turut bersuara selepas melalui pengalaman sendiri ketika membawa anaknya, Muhammad, ke pusat beli-belah.

Baca juga: Ini 7 Pilihan Terbaik Pakej Umrah + Ziarah Mesra Keluarga, Siap Hotel Dekat & Sesuai Untuk Bawa Anak Kecil

“Baru Saya Faham Kenapa Ibu Bapa Selalu Mengeluh”- Nabila Razali Luah Kesal Bawa Stroller Bayi Ke Pusat Beli-Belah

stroller bayi

Foto: Threads

Menurut Nabila, dia jarang sekali membawa anaknya keluar sebelum ini. Namun sejak kebelakangan ini, barulah dia merasai situasi sebenar yang sering diperkatakan oleh ibu bapa lain.

“Saya jarang bawa Muhammad keluar ke mall. Baru-baru ini je kerap dan baru sekarang saya faham bila ibu bapa yang bawa anak kecil dengan stroller marah sebab lif penuh,” tulisnya di laman Threads miliknya.

Katanya, perkara paling mencabar adalah apabila lif dipenuhi individu yang sebenarnya masih sihat dan boleh menggunakan eskalator.

“Couple Muda Pun Nak Bermanja Dalam Lif…”

stroller bayi

Foto: IG nabila.razali

Nabila turut menyebut sikap segelintir pengunjung yang membuatkan keadaan bertambah sesak tanpa keperluan mendesak dan tanpa segan silu bermanja-manja di dalam lif.

“Penuh dengan young couple nak bermanja-manja dalam lif atau anak muda yang sihat tubuh badannya. Hmm…” luahnya.

Lebih mengecewakan, masih ramai yang tidak memberi laluan kepada pengguna lif untuk keluar terlebih dahulu yang merupakan satu etika asas yang sering diabaikan.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terutama golongan ibu bapa menyokong kenyataan Nabila. Mereka turut berkongsi pengalaman sama, malah ada yang menganggap isu ini wajar diketengahkan lebih kerap kerana masih ramai yang kurang bertimbang rasa.

Ada juga yang mencadangkan pihak pusat beli-belah memasang papan tanda yang lebih ‘tegas’ atau mengadakan kempen kesedaran mengenai keutamaan penggunaan lif, terutama untuk:

  • Ibu bapa dengan stroller
  • Warga emas
  • OKU dan pengguna kerusi roda
  • Wanita hamil

*Jadi, kalau kita mahu ‘dicop’ sebagai seorang insan yang mempunyai budi pekerti yang mulia, sila cakna dengan perkara-perkara sebegini ya. Boleh gunakan lif kalau keadaan tidak sesak tapi kalau ada orang lebih memerlukan, kita naik eskalator pun laju juga sampai…

Baca juga: Ibu Tolak Stroller Anak Autisme Cari Roti 3 Pagi Kini Dalam Keadaan Kritikal, Jadi Mangsa Langgar Lari!

Sumber: Threads @nabila.razali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×