Selepas seseorang itu meninggal dunia, harta pusaka yang dicarikan perlu dibahagikan mengikut tertib seperti di bawah agar tidak menyusahkan pihak lain.
Hal harta pusaka ini masih ramai lagi yang tidak tahu dan hanya menganggap ia perlu disimpan untuk tujuan faraid. Perkara sebegini jika dibiarkan boleh menyebabkan pergaduhan.
Baca juga: Nama Kanak-Kanak Autisme Zayn Rayyan Tidak Lagi Berbinkan Abdul Matiin
HARTA PUSAKA SUAMI KENA BAHAGI IKUT TERTIB INI

“Madam, mak mertua tak bagi saya keluarkan duit bank arwah suami. Dia kata selagi tak settle dengan peguam hal pusaka, tak boleh sentuh. Duit itu untuk faraid katanya. Habis tu, hal urusan jenazah hari itu pun saya gunakan duit saya. Dia kata ini kan urusan jenazah suami kamu, jangan kedekut.” Keluhan Aina pada saya.
“Salah tu Aina. Sebenarnya bila seseorang tu meninggal dunia, harta pusaka dia perlu diuruskan mengikut tertib.”
1. Untuk uruskan jenazah dia. Upah mandi, bayar van jenazah, kain kapan dan segala bagai lagi.
2. Untuk bayar hutang piutang dia. Sebab itu kalau ada kematian, waris buat pengumuman pasal hutang. Kalau ada yang datang dan cakap, dia ada hutang saya 100, boleh guna duit bank simpanan si mati dan terus bayar. Kalau masa itu bank minta hutang bulanan, pun wajib bayar sementara urusan insuran siap.
3. Settlekan zakat, fidyah, cukai dan segala hal ehwal yang masih tertangguh.
4. Untuk harta sepencarian, isteri boleh terus tuntut di mahkamah syariah.
5. Kalau si mati ada buat wasiat/hibah dan sewaktu dengannya, kena selesaikan dulu bahagian wasiat.
6. Selepas uruskan semua itu, barulah baki tu dibuat untuk bahagian faraid.
Orang Melayu Muslim di Malaysia masih ramai lagi yang jahil bab ni. Orang meninggal sahaja, terus suruh bekukan duit. Tak boleh usik langsung, walhal kena selesaikan 5 urusan terdahulu sebelum bab faraid dimulakan.
Perlu diingatkan bahawa susunan tertib begini tiada spesifik dalam fatwa tapi ada dalam peruntukan undang-undang dan dijelaskan dalam al-Quran.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bila Anak Tanya Patung Berhala Itu Apa, Kena Bagi Jawapan Macam Ini!
Sumber: Facebook Kheyr Hameed
