Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Bila Pakistan Jumpa Jawa & ‘Lots Of Mix’, Ini Fakta Menarik Tentang Kahwin Kacuk Buat Genetik Lebih Kuat

perkahwinan campur

Istilah kahwin kacuk adalah merujuk kepada perkahwinan campur antara pasangan dari latar belakang berbeza, iaitu sama ada bangsa, etnik mahupun keturunan.

Fenomena ini bukan sahaja merapatkan jurang budaya, malah turut membawa pelbagai kelebihan dari sudut sains dan sosial. Tambah pula dengan timbulnya pelbagai isu melibatkan industri bola Malaysia baru-baru ini.

Baca juga: “Cantiknya!”- Dari Dara Jelita Ke Singgahsana Diraja, Ini Wajah Dulu & Kini Permaisuri 9 Negeri Yang Selalu Dipuji

PERKAHWINAN CAMPUR DNA BERBEZA LEBIH KUAT DAN SIHAT?

perkahwinan campur

Foto: freepik

Kajian dalam bidang genetik menunjukkan bahawa apabila dua individu dengan latar belakang DNA berbeza berkahwin, anak mereka berpotensi mewarisi gen yang lebih pelbagai. Hasilnya:

1. Kesihatan lebih kukuh – Sistem pertahanan badan jadi lebih seimbang.

2. Kurang risiko penyakit genetik – Berbanding perkahwinan dalam kelompok genetik terlalu hampir (contohnya kahwin sepupu rapat) yang meningkatkan risiko penyakit seperti talasemia atau kecacatan metabolik.

3. Ciri fizikal lebih simetri & menarik – Saintis mendapati individu dengan campuran genetik lebih pelbagai cenderung dianggap lebih menawan, selain mempunyai tahap kesuburan lebih tinggi.

4. Pemikiran fleksibel & kreatif – Beberapa kajian psikologi pula menunjukkan anak kacukan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memiliki minda yang terbuka.

Perspektif Agama & Budaya Kena Jaga, Ikut Dokumentasi Sah

perkahwinan campur

Raja Ilya merupakan salah seorang selebriti dalam perkahwinan campur. Comel!

Dalam Islam, Rasulullah SAW menggalakkan umat memilih pasangan berdasarkan akhlak dan agama, bukan semata-mata faktor bangsa atau warna kulit. Justeru, kahwin kacuk sebenarnya selari dengan nilai Islam iaitu menyatukan yang berbeza demi kebaikan keturunan.

Namun, apa pun bentuk perkahwinan, ia mesti dilakukan mengikut lunas undang-undang serta dokumentasi yang sah. Jangan kerana mahu kejar status atau peluang tertentu, contohnya wakil negara dalam pertandingan hingga sanggup “temberang” tanpa dokumen sah. Kalau nak kahwin dengan siapa pun, hatta ‘anak cucu bunian’, pastikan ia ikut kaedah yang betul.

Menariknya, kahwin kacuk bukan sekadar tentang DNA dan sains, tetapi juga tentang kehidupan seharian yang penuh warna-warni. Ada netizen yang berkongsikan mereka sendiri berada dalam perkahwinan kacuk dan sangat warna warni kehidupan!

“Saya mixed rojak. Anak pun keliru, tak tahu bangsa apa. Ayah saya Pakistan + Bengali, mak saya Cina + Jawa (Sharifah). Saya pula pernah kahwin dengan Turkish, lepas tu dengan pure Malay. Budaya terlalu banyak… Raya pun dulu tak meriah, tapi bila kahwin dengan Melayu baru la belajar bangun pagi raya. Ok la…”- netizen.

“Saya Chinese + Melanau + Bidayuh. Anak-anak pula Pakistani + Chinese + Melanau + Bidayuh. Dekat rumah boleh cakap Bidayuh, Iban, English, Bahasa, Chinese, Melanau. Dengan ayah dorang pula Urdu + English. Kat sekolah belajar Mandarin + English. Bila nenek marah, semua bahasa bercampur! Mixed betul…”- netizen.

Kesimpulannya, perkahwinan campur adalah bukti bahawa perbezaan tidak memisahkan kita, sebaliknya menyatukan. Yang penting, biarlah ia dibina atas asas cinta, akhlak, dan undang-undang yang sah.

Baca juga: Kenali Cik Afzaa Fadini, Wanita Pintar & Anggun Iras ‘Pocahontas’ Yang Berjaya Tawan Hati Raja Muda Selangor

Sumber: PHM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×