Euforia Bola 2026
Nur

Kenapa Ada Jenazah Yang Tidak Reput & Bau Wangi? Ini Penjelasan Dari Sudut Sains Dan Agama

mayat reput

Sehingga ke hari ini, media sosial masih riuh dengan kisah arwah adik Zara. Dikatakan selepas 22 hari dikebumikan, jasadnya masih berbau wangi. Ada yang percaya sebagai tanda kemuliaan, ada pula yang menolak bulat-bulat kerana dianggap mustahil dari sudut sains mengenai mayat reput dan tidak reput ini.

Persoalan ini membuka semula perbincangan lama, apakah fenomena jasad kekal utuh atau berbau harum semata-mata penjelasan sains, atau sebenarnya ada campur tangan kuasa Tuhan?

Baca juga: Hukum Kubur Digali Semula Untuk Bedah Siasat: Perlukah Ulang Mandi, Kafan & Solat Jenazah?

MAYAT REPUT ATAU TAK, PERSOALAN ANTARA SAINS & AGAMA

mayat reput

Foto hiasan.

Untuk memahami fenomena ini, kita perlu tahu bagaimana jenazah Muslim diuruskan.

1. Tanpa pengawetan – Jenazah dimandikan, dikafankan dengan kain putih, disolatkan, lalu ditanam. Tidak ada proses pengawetan (embalming) seperti mengganti darah dengan bahan kimia.

2. Bersentuhan dengan tanah – Kubur Muslim tidak dilapisi keranda kedap udara. Jasad bersentuhan langsung dengan tanah, membolehkan pereputan berlaku secara semula jadi.

3. Sebaliknya, di negara Barat atau dalam upacara tertentu, jenazah diawet menggunakan formaldehid dan disimpan dalam keranda kedap udara. Proses ini melambatkan pereputan, malah boleh mengekalkan rupa jasad untuk berminggu atau berbulan.

Proses Pereputan Normal

Dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, saintis forensik merekodkan urutan pereputan berikut:

  • Minggu 1 (Hari 0–7) – Tubuh masih segar, perut mula kehijauan, bau busuk ringan mula muncul.
  • Minggu 2 (Hari 8–14) – Tubuh membengkak akibat gas, wajah berubah, bau sangat kuat, larva lalat mula makan tisu.
  • Minggu 3 (Hari 15–21, termasuk hari ke-22) – Fasa pereputan aktif. Bau busuk berada di puncak, tisu lembut hilang, larva memenuhi kawasan muka dan perut, cecair reput meresap ke tanah.
  • Dari sudut biologi, jasad Muslim yang tidak diawet dan ditanam di tanah lembap sepatutnya berada di tahap pereputan paling aktif pada hari ke-22 — dengan bau busuk yang sangat kuat.

Mengapa Ada Jasad Kekal Utuh?

mayat reput

Foto hiasan.

Walaupun secara saintifik pereputan adalah kebiasaan, ada faktor yang boleh memperlahankannya:

  • Jenis tanah – Tanah kering, berasid atau sejuk boleh melambatkan bakteria dan serangga.
  • Persekitaran sejuk – Suhu rendah berfungsi seperti ‘peti sejuk semula jadi’.
  • Kelembapan rendah – Membolehkan proses mumifikasi berbanding pereputan basah.
  • Kain kafan atau pembalutan – Menghalang oksigen dan serangga daripada cepat masuk.

Namun begitu, ada juga kisah luar biasa di luar logik sains. Dalam sejarah Islam, tubuh para nabi, syuhada’ dan hamba soleh pernah ditemui tidak reput, malah mengeluarkan bau harum walaupun sudah lama dikebumikan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.”– (HR Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah)

Dan Allah berfirman:

“Janganlah kamu menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”– (Surah Ali ‘Imran: 169)

Dari sini kita belajar bahawa sains hanya menjelaskan kebiasaan, bukan menetapkan sempadan kuasa Tuhan. Menolak bulat-bulat hanya kerana ia di luar logik saintifik adalah tanda kesombongan terhadap ilmu Allah.

Namun pada masa sama, berhati-hatilah dengan sensasi. Jangan menokok tambah cerita ghaib sehingga menjadi bahan viral tanpa pengajaran. Jika benar ia karamah, ia sepatutnya menguatkan iman, bukan sekadar hiburan media sosial.

Baca juga: Selain Zara Qairina, Ini Kes Kubur Digali Semula Pernah Buat Di Malaysia…Antara Misteri & Keadilan?

Sumber: Khairul Azri, Pertanian Satu Perniagaan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×