Euforia Bola 2026
Sihat

Ini 11 Fakta Kentut Mengejutkan, Tak Nak Bau Pastikan Masa Makan Telan Angin Sekali!

fakta kentut

Menerusi satu perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM), kentut sebenarnya adalah isyarat bahawa sistem penghadaman anda sedang berfungsi dengan baik atau sebaliknya jika berlebihan atau terlalu berbau. Mari bongkar beberapa fakta kentut yang mengejutkan dan kaitannya dengan kesihatan tubuh manusia.

Jangan pandang remeh. Kentut mungkin kecil, tapi mesejnya besar!

Baca juga: Ini 10 KESILAPAN Simpan Daging Korban Yang Ramai Pernah Buat, Patut Tak Tahan Lama!

FAKTA KENTUT MENGEJUTKAN

fakta kentut

Fakta mengejutkan tentang kentut dan kesihatan

Kentut sesuatu yang sering buat kita ketawa malu. Tapi sebenarnya, ia adalah bahasa rahsia usus yang sihat. Dan di sebalik bau dan bunyi kentut, ada fakta yang ramai tak tahu.

  1. Kentut 10–25 kali sehari adalah normal. Ia tanda usus aktif dan bakteria baik sedang bekerja.
  2. Kebanyakan kentut tidak berbau. 99% komposisi gas ialah nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan metana yang tidak berbau.
  3. Bau kuat datang dari sulfur. Makanan tinggi sulfur seperti telur, daging merah dan bawang hasilkan gas hidrogen sulfida (bau busuk).
  4. Anda boleh kentut ketika tidur. Otot lebih relaks dan usus tetap bergerak walaupun tubuh rehat.
  5. Kentut tak berbunyi biasanya lebih busuk. Ia bergerak perlahan, lalu lebih banyak gas sulfur terperangkap.
  6. Kentut tak berbau biasanya dari udara yang ditelan. Contohnya, ketika minum dengan straw, makan laju atau banyak bercakap semasa makan.
  7. Wanita juga kentut sama banyak dengan lelaki. Stereotaip salah tapi wanita biasanya lebih menahan dan melepaskan secara senyap.
  8. Kentut berlebihan boleh petanda masalah kesihatan. Contoh, intoleransi laktosa, (IBS) atau sembelit.
  9. Diet tinggi serat hasilkan lebih kentut. Serat tidak dicerna sepenuhnya di usus kecil akan ditapai oleh bakteria di usus besar kemudian jadi gas.
  10. Tahan kentut terlalu lama boleh sebabkan gas naik ke atas. Ini boleh buat rasa kembung, sendawa berlebihan atau tekanan dalam perut.
  11. Stress boleh ganggu corak kentut. Tekanan emosi mempengaruhi pergerakan usus dan pengeluaran gas.

Kentut tidak dapat dihentikan sepenuhnya. Ia sebahagian dari fisiologi badan. Menahan kentut bukan sahaja tak selesa, malah boleh bawa kesan kesihatan.

Baca juga: Macam Dalam Siri CSI, Ini 7 Cara Forensik Kenal Pasti Mayat Tanpa Wajah!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×