Euforia Bola 2026
Sihat

Kentut Sambil Berjalan Beri Manfaat Kesihatan, Tapi Afdalnya Selepas Makan! – Pakar

kentut sambil berjalan

Pernah rasa segan bila kentut sambil berjalan? Hakikatnya, ia mungkin tanda bahawa usus anda sedang berfungsi dengan baik!

Menurut pakar, berjalan selepas makan bukan sahaja membantu pencernaan, malah menggalakkan pergerakan usus untuk menyingkirkan gas berlebihan. Ya, termasuk kentut. Aktiviti ringan seperti berjalan kaki juga terbukti dapat mengawal paras gula dalam darah dan mencegah sembelit.

Baca juga: Lelaki, Awas! Ini 9 Simptom Awal HIV Yang Ramai Tak Sedar

kentut sambil berjalan

Gambar hiasan: Freepik

Menurut pakar perubatan dalaman di Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, New York City, Dr Tim Tiutan, sedikit aktiviti santai seperti berjalan atau menyapu sampah selepas makan mampu meningkatkan fungsi usus.

“Berjalan selepas makan membantu menggalakkan pergerakan usus. Ini bermaksud, ia membantu pergerakan usus bagi menyingkirkan gas dan mencegah sembelit,” ujar beliau.

Kenyataan tersebut turut disokong pakar gastroenterologi dari Pusat Perubatan Universiti Washington, Dr Christopher Damman.

“Usus memang boleh berfungsi sendiri, tetapi ia berfungsi dengan lebih baik apabila anda turut bergerak. Menggerakkan badan akan merangsang dan ‘membuka’ usus anda,” jelasnya lagi.

Sama ada anda selesa membuang angin di luar atau tidak, itu pilihan peribadi masing-masing. Apa yang penting, usus tetap perlu bergerak dan berfungsi dengan lebih baik.

Baca juga: Cantik Asli Atau Suntikan? Kenali Ciri Wajah Semula Jadi vs Hasil Prosedur Kosmetik!

Baca juga: Pengantin Pegang Prinsip Tak Cukur Kumis & Misai Di Hari Bahagia, Buat Ramai Terkejut!

Mengawal paras gula dalam darah

Selain membantu sistem penghadaman, berjalan selepas makan juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Selepas makan, paras gula dalam darah akan meningkat kerana gula daripada makanan memasuki aliran darah.

Jika seseorang tidak bersarapan, peningkatan ini boleh menjadi lebih ketara ketika makan tengah hari atau malam.

Sekiranya paras gula tidak dikawal, sama ada kerana kekurangan insulin atau rintangan insulin, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kerosakan mata, masalah buah pinggang dan penyakit jantung, menurut laman Yale Medicine.

“Kajian menunjukkan bahawa senaman ringan sejurus selepas makan boleh memberi manfaat besar dalam mengawal paras gula darah.

“Hanya lima minit berjalan atau aktiviti ringan seperti lompat bicu sudah mencukupi untuk mengurangkan lonjakan gula selepas makan,” kata Dr Damman.

Kesimpulannya, lepas makan, jangan duduk terus. Anda bergeraklah sedikit, walaupun hanya untuk satu pusingan kecil di rumah. Tak perlu bersenam berat!

Baca juga: Anak Ngadu Sakit Bahagian Telur Jangan Anggap Ringan, Lambat Rawat Buah Zakar Boleh ‘Rosak’!

Sumber: independent.co.uk

FT Image: dudewipes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×