Pada musim Aidilfitri, ramai yang berkongsi idea untuk kegunaan duit raya dan antara yang menarik perhatian warganet tindakan seorang ibu membeli barang kemas.
Kalau dulu-dulu, duit raya anak biasanya disimpan di dalam bank atau tabung, namun cara ibu ini dipuji kreatif dan bijak kerana lebih bernilai mengikut inflasi.
Baca juga: Tak Sempat Tukar Duit Raya Di Bank? Ini Teknik Kreatif Guna Seterika Untuk Buat Duit Jadi Baharu!
DUIT RAYA ANAK BELI BARANG KEMAS UNTUK IBU, WARGANET PUJI

“Duit raya tukar kepada emas. Anak-anak kata nak pilih sendiri biar mama pakai. Kedepan hari nanti tak mustahil jumlahnya 5 kali ganda.
Suka tuan kedai tengok gelagat mereka memilih tadi. Saya sangat bangga dengan kedua-dua anak lelaki saya,” tulis si ibu di ruangan kapsyen.
Barang kemas yang dibeli ini bukan untuk suka-suka tetapi sebagai aset simpanan jangka panjang. Bila anak dah besar, emas itu boleh dijual semula untuk membantu bayar kos pendidikan, kahwin, atau keperluan penting lain.
Video berdurasi hampir satu minit itu, rata-rata warganet memberikan reaksi positif malah ada yang berkata ingin mengikut langkah sama pada tahun depan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri, di mana simpanan emas daripada kecil kini sangat membantu ketika waktu terdesak.
“Mak saya pun dulu buat camni. Umur 18 baru dia bagi semua emas yang dia simpan guna duit raya saya dulu. Terharu weh,” tulis seorang pengguna.
Menggunakan duit raya anak untuk beli barang kemas bukan satu kesalahan kerana ia boleh mendatangkan keuntungan pada masa akan datang.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Anak Kena Renjatan Elektrik Ketika Main Di Padang Putrajaya, ‘Daging’ Terbakar Sampai Dalam!
Sumber: TikTok Ijahahmad90
