Euforia Bola 2026
Nur

Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!

doa mohon cinta allah

Dalam Islam, umatnya diajar dan dianjurkan untuk sentiasa berdoa. Misalnya, buat suami isteri yang sedang dilanda perasaan jemu terhadap pasangan masing-masing untuk mengamalkan doa mohon cinta Allah SWT.

Hal ini kerana, hanya dengan manusia mencintai Allah SWT sahaja dapat mengeratkan dan mengukuhkan kembali hubungan kasih sayang di antara pasangan anda.

Baca juga: Waktu Bekerja Jumaat Sepanjang Ramadan, Habis Awal Pada Jam 12.30 Tengah Hari – Sultan Pahang

DOA MOHON CINTA ALLAH SWT UNTUK TERBITKAN RASA CINTA PADA PASANGAN

doa mohon cinta allah

Gambar: wirestock

Tambahan pula, berdoa bukan sekadar suatu ibadah, bahkan ia merupakan suatu perintah dari Allah SWT buat sekalian para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya.

Melalui perkongsian video oleh Ustaz Elyas Ismail, beliau menasihatkan kepada suami isteri yang sedang melalui fasa tersebut untuk banyak meluangkan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah, selain mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Pasangan sepatutnya cuba untuk membuat satu aktiviti yang boleh menimbulkan rasa cinta kembali. Sama ada pergi bercuti mengikut kemampuan, buat aktiviti bersama seperti memasak atau pun menghadiri majlis ilmu,” ujarnya.

Baca juga: Selain Solat Sunat Sebelum Subuh, Ini Tips Terbaik Jadikan Dhuha & Isyraq Sebagai Rutin Harian!

Doa memohon cinta Allah SWT

Selain itu, Ustaz Elyas Ismail turut mencadangkan satu doa untuk memohon cinta daripada Allah SWT yang boleh dimalkan oleh pasangan suami isteri.

Tambah beliau lagi, hanya dengan mencintai Allah SWT sahaja dapat menguatkan kembali hubungan suami isteri. Insha Allah.

Doanya seperti berikut:

Bacaan rumi: “Allahumma Inni As Aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka, Wal’amalallazi Yuballighuni Hubbaka”

Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan amal yang dapat menyampaikanku untuk mencintai-Mu.”

Doa ini adalah doa yang sering dibaca oleh Nabi Daud A.S agar dicintai Allah dan mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan diri sendiri, keluarga dan air dingin yang dapat menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.

Baca juga: Cara Bersihkan Air Mani & Mazi Pada Cadar Atau Kain, Nak Solat Nanti Tak Ada Rasa Waswas!

Versi panjang doa Nabi Daud A.S iaitu memohon cinta Allah SWT

doa mohon cinta allah

Gambar: JAWI

Bacaan rumi: “Allahumma Inni As Aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka, Wal’amalallazi Yuballighuni Hubbaka, Allahummaj’alni Hubbaka Ahabba Ilayya Min Nafsi Wa Ahli Wa Minal Mail Barid.”

Baca juga: Wanita Jelaskan Konsep Taaruf Bersama 15 Proses, Buat Sebelum Setuju Untuk Nikah!

Sumber: Ustaz Elyas Ismail

FT Image: Pa&Ma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×