Sempena Bulan Kesihatan Mental Lelaki, ini bukan ajakan untuk beli hadiah mahal atau bercuti pada hujung minggu. Sebaliknya, ini 10 cara kecil tapi sangat bermakna untuk tahu cara jaga suami dengan betul supaya emosi mereka stabil.
Tak perlu keluar duit pun, kerana apa yang mereka perlukan cuma ruang, faham, dan sentuhan lembut daripada isteri tersayang…
Baca juga: 7 Jenis Cincin Lelaki Paling POPULAR Untuk Majlis Akad Nikah, Patuh Syariah & Ada Gaya!
CARA JAGA SUAMI SUPAYA MENTAL STABIL, LEBIH SAYANG!

Foto: freepik
1. Elak buang minyak ke dalam sinki.
Sebab kalau sinki tersumbat, suami bukan hanya tukang baiki, dia juga jadi tempat luah stres. Air tak lepas, kepala pun serabut.
2. Jangan bebel bila dia tengah pegang remote.
Remote tu macam alat kawalan kestabilan emosi. Kalau tengah tengok televisyen, biarlah dia rehat sekejap kerana itu zon tenang dia.
3. Beri ruang ‘me time’ walau cuma 15 minit dalam tandas.
Jangan ketuk pintu tanya “Kenapa lama sangat?”. Itu bukan sesi buang, tapi sesi bertenang.
4. Bila dia cakap “tak ada apa-apa”, percaya sajalah.
Kadang-kadang memang tiada apa. Kalau dipaksa cerita, nanti dapat jawapan yang kita tak bersedia nak dengar. Jangan cipta drama tanpa skrip.
5. Elakkan bandingkan dengan suami orang lain.
“Abang Zai rajin lipat baju…” – Awas. Ayat itu beracun. Kalau terlalu selalu banding, nanti dia rasa tak cukup apa pun yang dia buat.
6. Kalau dia dah tolong lipat baju, jangan perbetulkan depan dia.
Tak perlu baju sempurna macam butik kerana lipatan senget itu tanda usaha dan cinta. Bila asyik dibetulkan, motivasi dia pun ‘terlipat’ sekali.
7. Jangan jadikan kesalahan kecil sebagai ‘bahan’ keluarga.
Dia lupa angkat baju dua kali bukan kes jenayah. Tak perlu umumkan dekat group Whatsapp mak mentua seolah-olah kes besar negara.
8. Bila dia stres pasal kerja, jangan ‘bagi ceramah’.
Dia bukan nak solusi bisnes atau nasihat motivasi. Kadang cukup dengan peluk, kopi panas, dan telinga yang sudi mendengar.
9. Jangan ugut balik rumah mak tiap kali merajuk.
Kalau setiap kali merajuk nak balik, satu hari dia sediakan beg siap dengan duit minyak sekali. Hati lelaki ada had sabarnya.
10. Peluk dulu, marah kemudian.
Nak tegur? Gunakan teknik: peluk, jeling sikit dan bisik “Sayang, jangan buat lagi ya” berbanding jerit-jerit yang buat dia hilang mood terus.

Foto: freepik
Kesimpulannya, tak perlu modal besar nak jaga kesihatan mental suami. Cukup dengan faham emosi dia, beri ruang, dan buat dia rasa dihargai.
Baca juga: Kajian Dedah Suami Yang Cium Isteri Setiap Pagi Hidup 5 Tahun Lebih Lama, Siapa Tak Buat Rugi!
Sumber: Public Health Malaysia
