Euforia Bola 2026
Famili

Dividen Tabung Haji 2024 Dijangka Stabil & Memuaskan, Setara Dengan Tahun Lalu

DIVIDEN TABUNG HAJI 2024

Dividen Tabung Haji 2024 dijangka mengekalkan pulangan yang setara dengan tahun 2023 sekali gus memberikan jaminan kestabilan kepada lebih sembilan juta penyimpan.

Menurut Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, jangkaan itu selari dengan prestasi pasaran dan pendekatan pengurusan dana Tabung Haji (TH) yang unik berbanding institusi pelaburan lain.

Baca juga: Polis Sahkan Kematian Hud Aryan Tiada Sebarang Unsur Jenayah

DIVIDEN TABUNG HAJI 2024 DIJANGKA SETARA TAHUN LALU

DIVIDEN TABUNG HAJI 2024

Utusan

“TH bukan sekadar pengurus pelaburan semata-mata, ia perlu memastikan kecairan tunai yang cukup pada setiap masa kerana penyimpan boleh mengeluarkan wang mereka tanpa sekatan. Ini bermakna TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi seperti institusi lain yang lebih bebas dalam strategi pelaburan mereka,” jelasnya.

Beliau menjelaskan bahawa pulangan TH turut mengambil kira pembayaran zakat ke atas simpanan, menjadikan pelaburan tersebut memenuhi tuntutan Islam.

Selain itu, faktor pasaran turut memainkan peranan penting dalam jangkaan pulangan TH tahun ini yang mana Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan indeks purata daripada 1,400 mata kepada 1,600 mata sepanjang 2024, manakala kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kekal stabil pada 3.0 peratus menyumbang kepada pulangan konsisten, khususnya dalam pelaburan Sukuk dan simpanan Syariah.

Ini bermakna penyimpan boleh menantikan pengumuman dividen dengan penuh keyakinan kerana bakal menerima pulangan stabil dan memuaskan.

Media sebelum ini melaporkan kadar agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1% bagi tahun kewangan 2023, mengekalkan rekod yang sama selama empat tahun berturut-turut.

Baca juga: Cikgu Jalin Hubungan ‘Istimewa’ Dengan Murid Darjah 6, Rupanya Dia Duda Anak 3

Sumber: Harian Metro

Kredit imej: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×