Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 dijangka bakal berlangsung dalam tempoh cuti sekolah penggal pertama 2026, sekali gus memberi kelegaan kepada ibu bapa, pelajar dan penjawat awam untuk menyambutnya dengan lebih tenang tanpa perlu memohon cuti tambahan.
Dengan penyusunan jadual akademik yang lebih teratur, masyarakat berpeluang merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal serta menikmati suasana perayaan bersama keluarga tanpa tergesa-gesa.
Baca juga: Ibu Meninggal Dunia Di Hotel, Hasrat Teman Anak Lapor Diri Di PPD Pahang Tak Kesampaian…
CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA 2026 BERTEMBUNG DENGAN HARI RAYA PERTAMA AIDILFITRI
Menurut Kalendar Akademik 2026 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Hari Raya Aidilfitri dijangka diraikan pada 21 dan 22 Mac 2026 bersamaan dalam tempoh cuti penggal pertama bagi kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B.
Bagi Kumpulan A yang melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, tempoh cuti penggal pertama bermula pada 20 hingga 28 Mac 2026.
Sementara itu, bagi Kumpulan B yang terdiri daripada Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, cuti penggal pertama ditetapkan dari 21 hingga 29 Mac 2026.
KPM turut memperuntukkan cuti tambahan khas sebanyak satu hingga dua hari bagi negeri-negeri tertentu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menjadikan jumlah keseluruhan cuti sekolah mencecah lebih seminggu.

Langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif positif dalam memastikan warga pendidik dan pelajar mempunyai waktu yang mencukupi untuk meraikan perayaan besar umat Islam itu bersama keluarga tercinta.
Selain memberi ruang untuk berehat dan beribadah dengan lebih tenang, penyusunan jadual cuti yang selari ini juga dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama menjelang Aidilfitri.
Bagi keluarga yang menetap jauh dari kampung halaman, penetapan tarikh ini pastinya memberi peluang untuk merancang perjalanan lebih awal termasuk urusan penginapan, pembelian tiket pengangkutan awam serta perancangan kewangan bagi sambutan Aidilfitri supaya semuanya teratur.
Baca juga: KPM Umum Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026, Sesi Persekolahan Kembali Bulan Januari
Sumber: Kosmo
