Jika anda bercadang untuk melancong ke Thailand, ada berita baik untuk anda semua. Cukai pelancongan yang dirancang untuk dikenakan kepada pelawat asing termasuk rakyat Malaysia tidak akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini.
Terbaharu, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand mengumumkan bahawa pelaksanaan cukai tersebut, yang dikenali sebagai “Kha Yeap Pan Din” (bermaksud “yuran memijak bumi Thailand”), telah ditangguhkan ke pertengahan tahun 2026.
Baca juga: 10 Hotel Mesra Bajet Bawah RM100 Seluruh Malaysia, Bercuti Satu Keluarga Tanpa Poket Kering!
CUKAI PELANCONGAN MASUK THAILAND DIKENAKAN PADA TAHUN 2026

Foto: freepik
Laporan daripada berita tempatan The Nation menyatakan, keputusan itu diumumkan oleh Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham, selepas Menteri Pelancongan, Sorawong Thienthong, membuat semakan semula terhadap rancangan tersebut.
Menurut Chakrapol, masa sekarang dianggap tidak sesuai untuk memperkenalkan cukai pelancongan, memandangkan industri pelancongan masih dalam fasa pemulihan pasca-pandemik.
Kementerian kini mahu menunggu dan melihat perkembangan jumlah pelancong antarabangsa semasa musim kemuncak pada suku keempat 2025 sebelum membuat keputusan akhir mengenai struktur yuran yang paling wajar.
Setakat ini, cadangan yuran yang telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet Thailand sejak Februari 2023 ialah:
- THB300 (RM39) bagi pelancong yang tiba melalui udara.
- THB150 (RM20) bagi pelancong yang masuk melalui darat atau laut.
Jika semuanya berjalan seperti dirancang, cukai “Kha Yeap Pan Din” ini hanya akan mula dikuatkuasakan sekitar suku ketiga atau keempat tahun 2026.

Jadi, buat anda yang merancang untuk pergi melancong ke Thailand dalam masa terdekat, boleh pergi tanpa rasa risau!
Baca juga: 10 Pilihan Terbaik Hotel Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia Tahun 2025, ‘Confirm’ Tak Nak Balik!
Sumber: The Nation Thailand
