Euforia Bola 2026
Famili

Selalu Merungut Atuk Tiada Di Rumah, Anwar Bawa Cucu Tersayang Ke Pejabat Perdana Menteri

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Facebooknya ada kongsikan gelagat cucunya yang berada di pejabat Perdana Putra, Putrajaya.

Menurut beliau, cucu-cucu kesayangannya itu merungut kerana datuk mereka sering tiada di rumah disebabkan sibuk bekerja dan menghadiri pelbagai acara.

Baca juga: Anak Tak Nak Tidur Waktu Malam Jangan Dianggap Aktif, Sebenarnya Dah ‘Overtired’

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAWA CUCU KE PEJABAT

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Depa (mereka) tak tahu tugas untuk negara tidak mudah. Lantaran itu saya bawa mereka datang pejabat tengok saya bekerja.” jelasnya.

Itulah luahan ikhlas Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pemimpin negara yang juga seorang datuk kepada cucu-cucunya yang masih kecil, polos, dan tidak memahami betapa beratnya beban yang dipikul seorang Perdana Menteri.

Soalan cucunya itu mungkin kedengaran biasa bagi sesetengah orang namun sebaliknya tersirat perasaan rindu yang mendalam kepada datuk mereka.

Justeru, Anwar memilih untuk membawa cucu-cucunya ke pejabat untuk mereka melihat sendiri bagaimana sebuah tanggungjawab dijalankan dengan penuh fokus, disiplin, dan semangat.

Seperti mana kita tahu, sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, atuk Seri Anwar Ibrahim terlalu sibuk kerana dipenuhi dengan pelbagai urusan negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Antaranya seperti mesyuarat kabinet, pertemuan diplomatik dan lawatan kerja dalam dan luar negara. Setiap langkah diatur demi memastikan pentadbiran berjalan lancar dan nasib rakyat terbela.

Pada minggu lalu, beliau menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor ASEAN (AFMGM) ke-12 di ibu negara, selain beberapa program dalam negara selain menyambut kedatangan Presiden China, Xi Jinping yang melawat Malaysia selama tiga hari.

Perdana Menteri kemudian berangkat ke Bangkok bagi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala.

Anwar turut bertemu Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Mahn Win Khaing Than ke arah penyelesaian konflik di negara dan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi di Myanmar.

Baca juga: Budak Lelaki Autisme Hilang Dari Rumah, Hanya Anak Patung Yang Tinggal…

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×