“Alamak! Kasut aku kena air kencing anjing! Kena samak ke sertu, tapi pening yang mana satu cara sertu?”
Seperti yang kita tahu, terdapat tiga kategori najis iaitu mukhaffafah (najis ringan), mutawassitah (pertengahan) dan mughallazah (berat). Najis anjing dan babi tergolong dalam najis berat dan perlulah disertu bila terkena pada tangan atau pakaian. Ya, ia perlulah disertu, bukan disamak dan masih ramai masyarakat Islam di negara ini sering keliru dengan penggunaan istilah yang salah dalam bab penyucian najis berat.
Baca juga: Hukum Letakkan Nama Anak Dengan Nama Malaikat Adalah HARUS, Kecuali 4 Nama INI…
CARA SERTU NAJIS SEPERTI AIR KENCING ANJING TERKENA KASUT

Menurut perkongsian daripada JAKIM, sertu merupakan perbuatan menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah perlulah disucikan dengan membasuh sekali menggunakan air bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air besih atau air mutlak.
Najis perlulah disucikan daripada pakaian, badan atau tempat yang terjejas. Perkara ini disebutkan di dalam hadith yang riwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.
APA YANG ANDA KENA BUAT ADALAH:
1.Masukkan dalam plastik supaya air tidak menitik atas pakaian.
2.Sediakan peralatan dan carilah tanah untuk jadi bahan sertu
3.Boleh guna apa sahaja jenis tanah yang pasti, kena suci dari najis.
4.Ambil tanah secukup rasa sahaja bagi mengeruhkan air.
5.Kemudian, lalulan air tanah satu kali ke atas kasut, siramkan saja ke semua bahagian kasut yang terkena najis.
6.Tak perlu susah-susah gosok kerana najis ini hanyalah air kencing.
7.Akhir sekali, siramkan dengan air mutlak 6 kali ke semua bahagian kasut. Nak basuh dekat mana-mana pun boleh tak semestinya kena dalam lubang tanah.
8 Selesai dan kasut boleh dipakai semula tanpa ragu-ragu!

*Peringatan, air tanah yang lebih jangan lupa buang dan cuci betul-betul baldi tu ya!
@masjidbspofficial Replying to @Mmama Nurull @Fipper #sertu #anjing #masjidbandarseriputra #learnontiktok #lifehack #tiktokguru #jombelajar #jezismart #tips ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra
Baca juga: Guna Tandas Duduk Tak Cuci Bersih, Jadi Punca Najis Melekat & ‘Makhluk Terjelir’ Ikut Belakang
Sumber: Tiktok @masjidbspofficial
