Euforia Bola 2026
Famili

Jangan Suka Hati Biarkan Najis Haiwan Merata, Pemilik Kucing & Anjing Bakal Didenda RM10K!

najis kucing

Tingkah laku tidak bertanggungjawab seperti membiarkan najis kucing atau anjing yang menjadi haiwan peliharaan di tempat awam bakal membawa padah yang serius!

Terbaharu, tiga Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melibatkan Akta 133, Akta 672 dan Akta 171 telah diluluskan di Dewan Rakyat.

Baca juga: “Manis Agak Nazak..”- Kucing Dibelasah & Dicampak Ke Longkang, Wanita Dedah Jiran Dendam Tanpa Sebab!

BIARKAN NAJIS KUCING & ANJING PELIHARAAN MERATA-RATA LUAR RUMAH, KENA SAMAN RM10,000!

najis kucing

Foto: freepik

Ini merupakan undang-undang baharu untuk tegur sikap cuai yang dinyatakan oleh Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming. Pindaan ini bertujuan meningkatkan kesedaran sivik serta mendisiplinkan masyarakat dalam aspek kebersihan awam.

Ia juga merupakan langkah tegas bagi mengekang tabiat membuang sampah sembarangan termasuk puntung rokok, plastik, pembungkus makanan, dan najis haiwan peliharaan seperti kucing serta anjing.

Apa yang boleh membuatkan orang ramai ‘insaf’, mereka yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman khidmat masyarakat sehingga 12 jam, dan sekiranya ingkar perintah mahkamah, pesalah boleh didenda antara RM3,000 hingga RM10,000!

YB Nga yang juga Presiden UN-Habitat menjelaskan bahawa pindaan ini amat penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bagi memastikan imej negara kekal bersih, teratur dan dihormati pelancong antarabangsa.

“Kalau nak pelancong datang, negara kita kenalah bersih dan terurus. Undang-undang ini bukan untuk menghukum, tetapi untuk mendidik dan memperkemaskan budaya sivik rakyat Malaysia,” katanya.

najis kucing

Foto: freepik

Jadi, perhatian kepada pemilik haiwan semua supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan yang dibawa bersiar-siar pada waktu pagi dan petang ‘membuang’ najis suka-suka hati. Bukan sahaja berdepan denda RM 10,000 malah jiran pun boleh mengamuk!

Baca juga: Bila Hidup Berjiran, Jangan Main ‘Redah’ Naikkan Tembok Rumah, Jaga 6 Adab Ini Elak Masam Muka

Sumber: Instagram YB @ngakorming.official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×