Sebelum ini, tular satu rakaman di Facebook memaparkan tindakan dua wanita membawa anjing peliharaannya bermain di taman permainan di kawasan perumahan sekitar Jementah, Segamat.
Menerusi video berkenaan, haiwan berbaka Husky itu dilihat dibawa menaiki tangga alat permainan oleh pemiliknya sebelum turun menggunakan papan gelongsor sambil disambut seorang lagi wanita di bawah.
Baca juga: Selain Solat Sunat Sebelum Subuh, Ini Tips Terbaik Jadikan Dhuha & Isyraq Sebagai Rutin Harian!
TAMAN PERMAINAN DISERTU MPS

Gambar: Meng Abramam
Gara-gara itu, tindakan tersebut telah mengundang kemarahan ramai pihak kerana dianggap tidak cakna dengan senstiviti melibatkan agama dan kaum.
Susulan daripada kejadian tersebut, seorang individu berkongsi dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dan ahli majlis yang mengambil langkah pantas dengan menghantar beberapa anggota untuk melakukan kerja pembersihan dan menyertu peralatan permainan di lokasi terbabit.
Baca juga: Cara Bersihkan Air Mani & Mazi Pada Cadar Atau Kain, Nak Solat Nanti Tak Ada Rasa Waswas!
Baca juga: Cara MANDI WAJIB Untuk Lebih 1 Hadas Besar, Perlu Gabung Niat Ke?
“Assalamualaikum. Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Segamat dan ahli majlis yang mengambil tindakkan pantas isu anjing naik ke gelongsor taman permainan di taman melodi Jementah.
Tahniah dan syabas. Jadi, lepas ini tiada lagi isu ini berlaku. Harap warga Jementah terima info,” tulisnya.
Baca juga: Buat Wanita…Ini Hukum Pakaian Solat Yang Ada Bekas Darah Haid Biarpun Lepas Dicuci!
Letak papan tanda larangan
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai warga maya mencadangkan agar pihak berwajib meletakkan papan tanda (signboard) yang menyatakan larangan membawa haiwan peliharaan demi kebaikan bersama.
“Mungkin bagi mereka yang tak seagama ini tidak faham. Selepas ini, minta pihak berwajib letakkan signboard bgi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang. Dan syabas kepada pihak MPS atas keprihatinan anda,” komen seorang warga maya
Baca juga: Hukum Anak Angkat Lelaki Yang Tidak Disusukan, INGAT Tak Boleh Cium Jenazah Ibu
Sumber: Meng Abramam
FT Image: Meng Abramam
