Euforia Bola 2026
40 Minggu

19 Tahun Menanti & Tiga Kali IVF, Pasangan Ini Berjaya Timang Anak Pertama..Tarikh Lahir Sama Dengan Ayah!

cara nak dapat anak

Selepas hampir dua dekad menanti kehadiran cahaya mata, pasangan dari Sungai Ramal Dalam akhirnya menerima anugerah terindah apabila dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu setelah menggunakan pelbagai cara nak dapat anak.

Lebih istimewa, bayi comel yang dinamakan Sheikh Muhammad Mohd Khairuddin itu lahir pada 25 Rabiulakhir, iaitu tarikh sama dengan hari lahir bapanya, Mohd Khairuddin Ahmad, 51 tahun, menurut kalendar Islam.

Baca juga: Kenapa Buku Pink Ibu Hamil Ada Ruang ‘Tahap Pendidikan’? Bukan Saja-Saja Isi, Rupanya Sangat Penting!

19 TAHUN MENANTI & GUNA BANYAK CARA NAK DAPAT ANAK, DIKURNIAKAN BAYI LELAKI

cara nak dapat anak

Foto: Harian Metro (Ihsan Mohd Khairuddin Ahmad)

Bagi Khairuddin dan isterinya, Noorul Izzah Marzuki, 44 tahun, tarikh itu akan sentiasa diingati sebagai detik penuh makna yang menandakan berakhirnya penantian panjang selama 19 tahun.

Ceritanya lagi, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan mula menanti zuriat sejak hari pertama bergelar suami isteri. Namun perjalanan mereka tidak mudah.

“Isteri pernah hamil pada tahun 2007, tapi kandungan berusia enam bulan gugur. Masa itu kami sangat sedih, tapi kami tak pernah putus asa. Kami yakin kalau Allah belum beri, pasti ada sebab,” ujar Khairuddin dengan penuh syukur.

Bertahun-tahun mereka berdoa, berikhtiar dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain dan tidak pernah berhenti berharap meskipun diuji berkali-kali. Menurut Khairuddin, mereka pernah mencuba dua kali rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) namun tidak berjaya. Malah pernah ditolak untuk rawatan kerana masalah obesiti.

“Namun kami tak menyerah. Kali ketiga buat IVF, akhirnya berjaya. Bila tengok isteri hamil dan anak lahir sihat, rasa macam mimpi jadi nyata. Itulah hadiah paling berharga dalam hidup saya,” katanya penuh emosi.

Tambahnya, sepanjang tempoh menanti, dia tidak pernah terlintas untuk berkahwin lagi.

“Bagi saya, zuriat itu ketentuan Allah. Kahwin lain bukan jalan penyelesaian. Saya hanya mahu terus berdoa dan setia bersama isteri…”

Doa di Arafah Dimakbulkan

cara nak dapat anak

Foto: AFP

Khairuddin turut berkongsi bahawa doa ini akhirnya dimakbulkan selepas mengerjakan haji bersama isteri tahun lalu.

Di Arafah, saya hanya berdoa satu perkara  agar Allah kurniakan kami zuriat. Tak sangka doa itu dimakbulkan. Rasa terharu sangat bila anak lahir setahun kemudian,” katanya sebak.

Baginya, tanggungjawab kini semakin besar kerana bukan sekadar menjadi bapa, tetapi memastikan anaknya membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. Bagi Noorul Izzah pula, saat mengetahui dirinya hamil selepas 19 tahun menanti adalah sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Waktu tahu saya mengandung, saya menangis. Macam tak percaya. Sepanjang kehamilan, semuanya dipermudahkan. Syukur sangat Allah beri peluang merasa nikmat jadi seorang ibu,” katanya.

Walaupun pernah berdepan soalan sensitif tentang ketiadaan anak, Noorul Izzah memilih untuk bersangka baik. Baginya, dia menganggap mereka yang bertanya itu sebenarnya mendoakan. Oleh itu, Izzah menasihatkan bagi pasangan lain, jangan putus asa dan doa serta usaha kena seiring kerana Allah Maha Mendengar.

Kisah pasangan ini menjadi bukti bahawa tiada doa yang sia-sia. Kadang-kadang Allah tidak menolak doa kita, cuma Dia menangguhkannya hingga tiba masa paling sesuai. Selepas 19 tahun menunggu, akhirnya mereka menerima ‘hadiah dari syurga’ yang menjadi bukti bahawa keajaiban akan hadir kepada mereka yang tidak pernah berhenti berdoa dan berharap.

Semoga kisah Mohd Khairuddin dan Noorul Izzah ini menjadi inspirasi buat pasangan di luar sana untuk terus percaya bahawa setiap penantian pasti ada pengakhiran yang indah. Aamin..

Baca juga: Tunku Azizah Kongsi ‘Rahsia’ Macam Mana Nak Anak Tinggi Macam Tengku Hassanal, Usia 4 Bulan Dah Makan Hati Ayam!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×