Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Elak Si Bulus Cakar & Gigit, Ini Cara Hilangkan Kutu Kucing Guna Teknik ‘Water Trap’

cara menghilangkan kutu kucing

Menjadi kebiasaan untuk pemilik haiwan peliharaan seperti kucing untuk memeriksa secara berkala sama ada badan kucing tersebut ada kutu atau tidak. Walaupun telah dimandikan, grooming dan dicucuk, pasti akan ada juga kutu dan si tuan pun buntu tentang cara menghilangkan kutu kucing ini.

Mungkin anda terlepas pandang bahawa bilik yang kucing tinggal juga perlu dibersihkan dan caranya adalah dengan menggunakan teknik water trap. Berikut merupakan perkongsian di Facebook dan hasilnya sangat memuaskan hati!

Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

CARA MENGHILANGKAN KUTU KUCING TEKNIK ‘WATER TRAP’

cara menghilangkan kutu kucing

Hasil water trap, kutu terperangkan dalam air.

Kucing-kucing saya memang kerap dimandikan, letak ubat kutu, dah sikat bulu, tapi pelik kenapa masih ada kutu? Mungkin kita terlupa atau terlepas pandang bahawa bilik mereka juga perlu dinyahkuman dan kutu juga. Jadi, malam tadi saya buat water trap ini.

Langkah yang perlu dilakukan adalah:

1. Masukkan anak-anak bulus (kucing) dalam sangkar.

2. Sapu dan mop lantai dengan Clorox.

3. Siapkan water trap ini, tutup semua lampu buat gelap gelita. Hanya ada nyalaan lilin atau lampu kecil sahaja.

4. Keesokkan paginya, ini hasilnya!

5. Jangan lupa mop lantai dengan air panas dan dicampurkan sedikit sabun lantai+ pencuci pinggan (kalau boleh jenama Glo).

6. Bilas bersih-bersih sehingga hilang bau Clorox dan sabun.

7. Mop kering-kering.

cara menghilangkan kutu kucing

Semasa proses memerangkap kutu.

*Ulang proses ini setiap hari untuk selama seminggu. Insyaallah.. kutu-kutu di bilik mereka makin berkurangan dan tiada langsung! Pastikan kucing peliharaan tidak minum air yang mempunyai kutu itu ya!

Baca juga: Tips Nyahkan Bau Kucing Dalam Rumah Guna Rendaman Kulit Kayu Manis

Sumber: Dak Addam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×