Tahukah anda, senaman pernafasan adalah sebahagian dari cara mengatasi stres. Menurut Public Health Malaysia (PHM), ia cara yang berkesan untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Terdapat 4 teknik senaman pernafasan yang menyeronokkan dan mudah untuk anda cuba mengurangkan stres. Jom baca cara-caranya di bawah!
Baca juga: Migrain Asyik Tak Reda, Cuba Cara Ini Buka Peti Sejuk Ambil Ais Batu!
CARA MENGATASI STRES DENGAN SENAMAN PERNAFASAN

Gambar: PHM
Senaman pernafasan adalah cara yang efektif untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental kita. Berikut adalah beberapa teknik pernafasan yang menyeronokkan dan mudah untuk dicuba:
Baca juga: Guna Tisu Basah (Feminine Wipes) Bersihkan Miss V, Selamat Ke? Cik Akak Kena Baca!
1. Teknik Pernafasan Bee
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
- Ketika menghembus nafas, buat bunyi mendengung seperti lebah (“hmmm”) dengan mulut tertutup.
2. Teknik Pernafasan Naga
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, bayangkan anda mengumpulkan tenaga seperti naga.
- Ketika menghembus nafas, buka mulut dan lepaskan nafas dengan bunyi kuat seperti naga menghembus api.
- Ulangi beberapa kali untuk melepaskan stres dan ketegangan.
Baca juga: Saintis Jepun Kaji WARNA BAJU Paling SEJUK, Sesuai Pakai Bila Cuaca Panas ‘Lit’!
Baca juga: Ada 6 Jenis Kemurungan Anda Perlu Tahu, Bukan Hanya Bipolar Disorder Sahaja
3. Teknik Pernafasan Buih Sabun
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
- Ketika menghembus nafas, bayangkan anda meniup buih sabun perlahan-lahan melalui mulut.
- Bayangkan buih sabun yang lembut terbang perlahan, bawa bersama segala tekanan dan kekhawatiran anda.
4. Teknik Pernafasan Kek Hari Jadi
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
- Ketika menghembus nafas, bayangkan anda meniup lilin pada kek harijadi.
- Lakukan ini perlahan-lahan, bayangkan setiap hembusan membawa keluar satu lilin, dengan keinginan untuk tahun yang lebih baik.
Ambil masa sejenak setiap hari untuk menjaga kesihatan mental anda.
Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Public Health Malaysia / krakenimages
