Euforia Bola 2026
Cantik

Teknik Lipat Tudung Bawal ‘Anti-Badai’, Nak Simpan Pun Kemas..Nak Campak Pun Tak Terburai!

cara lipat tudung bawal

Buat setiap wanita yang bertudung sama ada yang pakai tudung bawal atau selendang, proses melipat fabrik ini tidaklah semudah yang disangka terutamanya bawal. Mana tidaknya, bila tidak tahu cara lipat tudung bawal yang betul, ruangan simpanan pun jadi tidak cukup kerana asyik terburai!

Oleh itu, ada satu perkongsian genius di Instagram memaparkan teknik lipatan tudung bawal anti-badai supaya ruangan penyimpanan kemas dan tidak makan ruang. Kalau nak campak tudung itu pun tak terbuka lipatannnya.

Baca juga: Patutlah Bil Elektrik ‘Melambung’, Rupanya Tak Tahu 7 Fungsi Plug Dalam Rumah Ini..Ada Beza!

CARA LIPAT TUDUNG BAWAL SUPAYA TAK TERBURAI!

cara lipat tudung bawal

Berikut merupakan cara lipat tudung anti-badai, bila baling pun tak terlerai!

1.Lipat tudung bawal ini menjadi 4 segi. Tapi lakukan secara dua kali lipatan 4 segi.

2.Lipat masuk secara separa di bahagian bawah untuk dijadikan sebagai ‘poket’.

3.Kemudian lipat secara dua kali kiri dan kanan sehingga jadi lipatan 4 segi panjang.

4.Seterusnya, lipat lagi dari kiri atau kanan sebanyak 3 kali untuk masukkan ke dalam ‘poket’ tadi.

5.Agak ‘tricky’ sedikit untuk tarik poket dan masukkan lebihan bahagian tudung tapi apa yang perlu dibuat adalah kemaskan lipatan selepas ditarik poket itu.

6. Dah siap dan boleh susun dalam rak. Tak terburai lipatan!

Ini pula untuk travel. Cara-cara ini agar anda dapat mengurangkan masa menggosok tudung bawal ketika bercuti.

Cara #1:

-Lipat tudung bawal menjadi tiga bahagian secara melintang.
-Kemudian lipat menjadi tiga bahagian secara mendatar.
-Setiap bucu dilipat ke arah tengah tudung.
-Kemudian tudung tersebut digulung secara kemas.

Cara #2:

-Lipat tudung bawal menjadi tiga bahagian secara melintang.
-Kemudian lipat menjadi tiga bahagian secara mendatar.
-Kemudian tudung tersebut digulung secara kemas.
-Lipatan kepada tiga bahagian secara melintang dan mendatar berfungsi agar kita dapat mengelak dari ada kesan lipatan di bahagian tengah tudung tersebut.
-Pastikan tudung tersebut diletak di bahagian atas baju untuk mengelakkan kedutan yang banyak.
-Setibanya di penginapan anda, pastikan anda terus gantung tudung tersebut secara kemas dan rapi di dalam almari.

cara lipat tudung bawal

*Semoga bermanfaat untuk wanita yang merupakan peminat tudung bawal di luar sana!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Afifah Rosli (@_afifahrosli)

Baca juga: Disebabkan Ramai Malas, Pendapatan Servis Lipat Baju Boleh Cecah RM7,000 Sebulan!

Sumber: Instagram @NurAfifahRosli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×