Masih ramai dalam kalangan kita tidak tahu mengenai TH Khairat yang merupakan pelan perlindungan Takaful menawarkan bantuan kewangan kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada pendeposit.
Jumlah perlindungan yang ditawarkan sebanyak RM12,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Baca juga: 7270 Pengguna Air Di Kelantan Tak Bayar Bil, Tunggakan Sehingga RM4.6 Juta!
CARA DAFTAR TH KHAIRAT, RM12,0000 JIKA BERLAKU KEMATIAN

Lebih menarik lagi, bayaran langganan bagi TH Khairat adalah sebanyak RM28 setahun. TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH.
Syarat-syarat utama TH Khairat adalah:
- Ada akaun TH
- Berumur 30 hari sehingga 65 tahun
- Baki akaun sekurang-kurangnya RM100
Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH setiap tahun secara automatik selagi sijil Takaful belum ditamatkan.
Cara mendaftar TH Khairat adalah seperti di bawah:
1. Muat turun aplikasi Thijari di telefon anda.
2. Log masuk akaun Thijari atau daftar terlebih dahulu.
3. Kemudian, pilih Menu dan klik TH Khairat.
4. Isi maklumat diperlukan dan anda sudah pun mendaftar pelindungan TH Khairat ini.
Antara manfaat lain TH Khairat ini adalah pendeposit boleh menyumbangkan sebahagian daripada jumlah perlindungan iaitu RM2,000 sebagai Infaq kepada pertubuhan/organisasi kebajikan yang dilantik oleh pengendali Takaful.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC), 03-62071919 atau di laman sesawang rasmi www.tabunghaji.gov.my
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Air Pasang Besar Dijangka Berlaku Di Selangor Pada 17-20 Oktober Ini, Utamakan Keselamatan Anda!
Sumber: Facebook & Tabung Haji
