Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!

ghibli style

Ghibli style merujuk kepada gaya seni dan animasi yang digunakan oleh Studio Ghibli, sebuah studio animasi terkenal dari Jepun yang diasaskan oleh Hayao Miyazaki, Isao Takahata, dan Toshio Suzuki. Gaya ini sangat ikonik dan dikenali di seluruh dunia kerana keunikan serta perincian visualnya.

Menjadi ‘viral’ juga di laman media sosial apabila ramai dalam kalangan pengguna yang cuba menghasilkan gambar mengikut Ghibli Style ini dengan cara pantas. Bagaimana?

Baca juga: Nak Poster Raya Cun? Ini Cara Guna Aplikasi AI Studio Untuk Bantu Siapkan Dalam 5 Saat!

CARA BUAT GAMBAR GHIBLI STYLE VERSI PANTAS

ghibli style

Langkah-langkahnya:

1.Log in ChatGPT. Guna akaun Google.

2. Sebelah kiri bawah ada logo +. Klik dan pilih photo library. Pilih gambar yang nak edit.

3.Taip prompt “Turn image to ghibli style”.

4.Tunggu dalam beberapa saat dan siap boleh dimuat turun!

Ada satu lagi perkongsian dari Hazril Hafiz untuk anda mendapatkan gambar dalam versi ini dengan cantik. Ini 3 tips untuk buat gambar raya ghibli tapi tak menjadi. Ada 3 isu yang anda akan nampak masa hasilkan :

Isu #1: Muka tak sama dengan original photo

– Solusi : Face swap. Ada 2 cara. Guna InsightFaceswap di Discord atau Remaker.ai . (refer gambar #1)

Isu #2: AI copy gambar asal termasuk muka-muka masam dan tak jadi budak-budak .

– Solusi : Boleh terus beritahu dalam prompt nak muka gembira atau edit gambar yang dah dihasilkan terus dari ChatGPT (refer gambar #2)

Isu #3: Bila convert gambar ramai-ramai, AI akan memandai tambah / kurangkan orang dalam result.

– Solusi : Terus beritahu dalam prompt berapa orang ada dalam gambar asal. (refer gambar #3) Untuk point #3 ni, berhasil kalau untuk bawah 15 orang. Kalau sampai 20 orang dalam 1 gambar mungkin memang takkan dapat tepat.

ghibli style

*Comel kan gambar macam ini?

Baca juga: 10 Idea Pantun Raya Sebagai Ucapan & ‘Caption’ Media Sosial, Boleh Save Siap-Siap!

Sumber: Cikgu Zahran, Hazril Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×