Nampaknya sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dimeriahkan lagi dengan perkembangan teknologi menggunakan aplikasi ChatGPT. Bukan sahaja digunakan untuk membuat kerja pejabat malah teknologi ‘Artificial Intelligence’ ini juga digunakan untuk menjana foto Hari Raya yang unik!
Menjadi trend baru-baru ini adalah ramai dalam kalangan kita menjana foto dalam bentuk mainan seperti anime dan Barbie menggunakan ChatGPT. Tetapi, ada juga yang sudah mencuba berkali-kali dan tidak menjadi!
Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!
CARA BUAT GAMBAR RAYA AI ALA-ALA PATUNG BARBIE GUNA CHATGPT, MESTI JADI!

Contoh gambar yang dijana.
Jangan risau dan pening kepala kalau dah cuba 10 kali tak menjadi kerana berikut merupakan cara yang anda boleh rujuk untuk cuba tukarkan gambar anda menjadi seperti patung viral. Tak perlu tahu melukis pun — cukup hanya dengan idea dan bantuan dari ChatGPT serta tool AI yang disediakan.
#Langkah 1: Rancang Konsep Gambar
Pertama sekali, fikirkan tema dan suasana gambar. Beberapa soalan yang boleh bantu:
-Mainan tu dalam gaya superhero Melayu, robot pakai baju Raya, atau futuristik bersongkok?
-Dia sedang buat apa? Contohnya: Tengah salam Raya, main mercun, ziarah kubur, duduk di meja makan lemang dan ketupat?
-Suasana latar: Rumah kampung? Bandar?
Contoh idea:
“Seorang toy action figure AI berbaju Melayu biru, lengkap bersampin dan songkok, berdiri di hadapan rumah kampung moden sempena Hari Raya, sambil pegang bunga api.”
#Langkah 2: Minta ChatGPT Bina Prompt AI
Guna ChatGPT untuk bantu cipta prompt yang sesuai untuk image generation tool. Contoh permintaan kepada ChatGPT:
“Boleh buat prompt AI untuk gambar action figure toy bertemakan Hari Raya? Gaya realistik, baju tradisional Melayu, latar belakang rumah kampung”
Contoh prompt yang akan diberi:
“A highly detailed 3D-rendered AI action figure wearing a traditional Malay baju melayu with sampin and songkok, holding a sparkler, standing in front of a traditional Malay wooden house decorated with Hari Raya lights, during a sunset”
#Langkah 3: Guna Aplikasi AI Untuk Hasilkan Gambar
Lepas dah dapat prompt, guna mana-mana AI image generator. Dalam perkongsian kali ini, kita guna ChatGPT sahaja. Masukkan prompt tadi dan tunggu beberapa saat — nanti gambar akan keluar!
#Langkah 4: Edit atau Tambah Elemen Jika Perlu
Kalau gambar tu tak cukup ‘Raya Vibe’ boleh edit:
– Tambah lampu pelita atau ketupat hiasan
– Ubah warna baju
– Tambah teks ucapan Raya
ChatGPT juga boleh bantu buat caption menarik atau idea edit tambahan.
*Tak sangka kan, dengan bantuan ChatGPT dan AI image tools, kita boleh cipta gambar toy action figure bertemakan Raya yang nampak profesional dan kreatif! Yang penting adalah idea dan imaginasi anda.
Baca juga: Nak Poster Raya Cun? Ini Cara Guna Aplikasi AI Studio Untuk Bantu Siapkan Dalam 5 Saat!
Sumber: Tiktok @akiiibara
