Euforia Bola 2026
Didik

“Rezeki Manis Penghujung Tahun”- 3 Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia Raih Anugerah Cemerlang, Buat Hati Ibu Ayah Berbunga!

fizz fairuz

Pelakon terkenal, Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia, berkongsi khabar gembira apabila ketiga-tiga puterinya meraih anugerah kecemerlangan akademik di sekolah.

Detik manis itu menjadi hadiah paling bermakna buat mereka menjelang penghujung tahun apabila kejayaan ini boleh disambut ketika cuti sekolah kelak.

Baca juga: Pelajar Hafizah 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Berucap Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terpukau, Subarashii!

TIGA ANAK DATO’ FIZZ FAIRUZ & DATIN ALMY NADIA RAIH ANUGERAH CEMERLANG

fizz fairuz

Foto: IG @almynadiaofficial_

Menerusi perkongsian Datin Almy di media sosial, anak-anaknya yang bernama Nur Afrina Arianna, 10 tahun, Nur Afrina Aurora, 9 tahun dan Nur Afrina Ayra, 7 tahun kelihatan begitu ceria ketika naik ke atas pentas untuk menerima sijil dan trofi penghargaan masing-masing.

Almy mengakui dirinya sangat bersyukur dan terharu melihat kejayaan anak-anak yang selama ini gigih berusaha dalam pelajaran.

“Alhamdulillah, ada manis-manis di hujung tahun. Buah tangan daripada tiga beradik ini buat mama papa happy,” tulisnya.

“Tahun depan usaha lagi ya, anak-anak!”

fizz fairuz

Foto: IG @almynadiaofficial_

Keakraban keluarga kecil ini turut menarik perhatian warganet yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah serta doa agar ketiga-tiga cahaya mata pasangan Almy dan Fizz Fairuz terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Menariknya, bukan anak-anak sahaja yang cemerlang tahun ini kerana ayah mereka, Fizz Fairuz turut menerima sijil melalui program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) pada Majlis Konvokesyen ke-8 Akademi Kreatif Meatech baru-baru ini. Rezeki berganda buat keluarga ini!

fizz fairuz

Foto: IG @fizzfairuzoffical semasa majlis konvokesyen.

Kisah kejayaan mereka sekali lagi membuktikan, apabila ibu bapa memberi sokongan dan galakan, anak-anak juga lebih bersemangat untuk terus berusaha. Tahniah dan katanya hadiah akan dibawa bercuti ke Jepun!

Baca juga: “Mummy Cuba Tahan Air Mata”- Momen Penuh Syahdu Anak Fadhlina Sidek Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

Sumber: Instagram @fizzfairuzofficial, @almynadiaofficial_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×