Euforia Bola 2026
Nur

Doa Sebelum Anak Pergi Sekolah, Jangan Lupa Amalkan Doa Ini Jadi Pelindung Diri Sepanjang Hari…

anak pergi sekolah

Setiap pagi ketika anak pergi sekolah, ibu bapa seharusnya membekalkan mereka bukan sahaja dengan sarapan dan semangat, tetapi juga dengan doa dan perlindungan daripada Allah SWT.

Amalan membaca doa sebelum anak pergi sekolah bukan sekadar rutin harian, tetapi satu bentuk kasih sayang dan tawakal yang mendidik anak agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap langkah mereka menuntut ilmu.

Baca juga: 11 Golongan Ini Diharamkan Cium Bau Syurga, Ramai Tak Sangka Rupanya Selalu Berlaku Dalam Hidup

DOA SEBELUM ANAK PERGI SEKOLAH, AMALKAN SETIAP HARI

1.  Doa perkongsian Ustazah Asma Harun

Perkongsian dari Ustazah Asma Harun. Zikir nama-nama Allah dan Surah Ar-Rahman : 1 – 4

Ya Allah, Ya Hafiz Ya Muhaimin.

anak pergi sekolah

Maksudnya: Ya Allah, Yang Maha Menjaga, Yang Maha Memelihara. Tuhan yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

2. Doa Rasulullah kepada Ibnu Abbas

Doa Rasulullah kepada Ibnu Abbas. Sahabat yang alim tentang al-Quran dan faqih dengan tafsirannya.

anak pergi sekolah

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

3. Surah al-Anbiya ayat 78

وَدَاوُۥدَ وَسُلَيۡمَٰنَ إِذۡ يَحۡكُمَانِ فِي ٱلۡحَرۡثِ إِذۡ نَفَشَتۡ فِيهِ غَنَمُ ٱلۡقَوۡمِ وَكُنَّا لِحُكۡمِهِمۡ شَٰهِدِينَ

anak pergi sekolah

Maksudnya: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.”

4. Doa mujarab

Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.

اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.

“Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”

Maksudnya: “Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”

اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل

“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)”

Amalan doa sebelum anak pergi sekolah mungkin kelihatan kecil, namun kesannya besar dalam membentuk anak yang berakhlak dan berdisiplin.

Dengan izin Allah, setiap langkah mereka akan dipayungi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang musibah. Jadikanlah doa ini amalan tetap setiap pagi, kerana pendidikan yang sebenar bermula dengan hati yang dihubungkan kepada Pencipta.

Baca juga: Melawak Biarlah Berpada, Tak Semua Gurauan Dibenarkan Dalam Islam! Ada Yang Diharamkan…

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×