Euforia Bola 2026
Rakyat

Guna Perkhidmatan CIMB Bank? Ini Senarai Caj SST 8% Bermula Julai, Jangan Terkejut!

sst 8 peratus

Telah bermula pada 1 Julai 2025, kerajaan Malaysia melaksanakan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada kadar 8%, sebagai langkah memperkukuh hasil negara. SST 8 peratus ini turut disenaraikan dalam beberapa perkhidmatan institusi kewangan, termasuk perkhidmatan terpilih CIMB Bank.

Langkah ini dijangka memberi impak kepada pelanggan institusi kewangan jadi sangat penting untuk anda tahu apakah caj baharu yang bakal dikenakan.

Baca juga: “Kerajaan Dengar Suara Rakyat”- Ini Senarai Barang Harian, Buah Import & Servis Yang Kekal TANPA SST!

CAJ SST 8 PERATUS DALAM PERKHIDMATAN BANK CIMB, ‘ALERT’!

sst 8 peratus

Foto: Malaysian Reserve

1. Perkhidmatan Yang Sudah Lama Tertakluk kepada SST

Sebelum pengumuman pelaksanaan kali ini, beberapa jenis perkhidmatan kewangan telah pun dikenakan cukai perkhidmatan seperti:

  • Polisi insurans & takaful
  • Kad kredit & kad caj
  • Pengurusan kewangan
  • Khidmat perundingan kewangan seperti penasihat korporat, pasaran modal hutang dan ekuiti
  • Broker & penjamin

Manakala, perkhidmatan kewangan digital mendapat pengecualian cukai sehingga 31 Julai 2025, menurut kenyataan rasmi daripada Menteri.

2. Perkhidmatan CIMB Yang Kini Dikenakan SST 8%

Berikut adalah antara perkhidmatan CIMB yang kini dikenakan caj SST berkuatkuasa 1 Julai 2025:

* Pasaran Hutang

* Kiriman Wang Ke Luar Negara

Transaksi ini dikenakan SST jika dibuat oleh pelanggan berdomisili di Malaysia.

* Produk Islamik

Semua yuran atau caj ke atas produk berasaskan prinsip Syariah turut dikenakan SST, kecuali transaksi yang diwajibkan khas untuk mematuhi prinsip Syariah (yang tidak wujud dalam produk konvensional). CIMB menjelaskan, langkah ini bertujuan memastikan kesaksamaan percukaian antara produk Islamik dan bukan Islamik.

* Kemudahan Pinjaman / Pembiayaan Hartanah

Termasuk:

  • Yuran pentadbiran
  • Yuran pemprosesan
  • Caj perkhidmatan lain

Namun begitu, caj berbentuk hukuman (punitif), seperti penalti lewat bayar, tidak akan dikenakan SST.

3. Perkhidmatan Yang Dikecualikan SST

CIMB juga mengekalkan beberapa perkhidmatan asas yang tidak tertakluk kepada SST 8%, antaranya:

  • Pengeluaran kad debit
  • Transaksi asas di kaunter
  • Transaksi asas melalui ATM
  • Cetakan penyata akaun

* Kad Kredit: Tiada Perubahan Caj

Berita baik untuk pemilik kad kredit adalah, cukai Perkhidmatan RM25 ke atas kad kredit kekal seperti biasa dan yuran tahunan kad kredit juga tidak berubah

*Contoh Kiraan Caj SST 8%

Bagaimana kiraan dibuat? Contohnya, jika bank mengenakan caj RM10, maka SST sebanyak 8% = RM0.80 akan ditambah.
Maka, jumlah akhir yang perlu dibayar pelanggan ialah RM10.80. CIMB turut menjelaskan bahawa nilai akan dibundarkan kepada dua titik perpuluhan terdekat.

sst 8 peratus

Foto hiasan.

CIMB menasihatkan semua pelanggan untuk menyemak maklumat terkini dan lengkap tentang caj SST ini di laman rasmi mereka, www.cimb.com.my

Baca juga: Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!

Sumber: Malaysian Reserve (foto), CIMB Bank

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×