Euforia Bola 2026
Rakyat

“Kerajaan Dengar Suara Rakyat”- Ini Senarai Barang Harian, Buah Import & Servis Yang Kekal TANPA SST!

Mulai 1 Julai 2025, Kerajaan MADANI sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menjaga kebajikan rakyat apabila beberapa barang dikecualikan SST. Ramai dalam kalangan rakyat turut menarik nafas lega apabila barang keperluan harian ini ‘terlepas’ daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kos sara hidup serta realiti ekonomi rakyat marhaen.

Baca juga: Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!

[KEMASKINI] 4 JENIS BUAH IMPORT & PERKHIDMATAN BARANG DIKECUALIKAN SST 2025

barang dikecualikan sst

Foto: freepik

Menurut laporan terbaharu, antara yang dikecualikan daripada cukai jualan ialah empat jenis buah-buahan import yang cukup sinonim dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.

1. Epal
2. Oren
3. Limau mandarin
4. Kurma

Buah-buahan ini bukan sahaja menjadi kegemaran ramai, malah memainkan peranan penting terutama ketika musim perayaan seperti Ramadan, Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.

Pengecualian ini merupakan langkah susulan daripada maklum balas yang diterima daripada rakyat pelbagai lapisan, yang bimbang akan kemungkinan kenaikan harga barang makanan harian. Kerajaan MADANI mendengar sentimen ini, dan mengambil tindakan yang segera dan berkesan.

Selain itu, barangan keperluan harian lain turut dikecualikan daripada SST seperti:

-Daging ayam
• Daging itik
• Halia
• Barli
-Daging ayam belanda
-Oat
• Daging lembu
• Daging kambing
• Ikan keli/tilapia/tongkol
• Ikan bilis
• Kerang
• Udang
• Sotong
• Susu Segar
• Telur ayam/puyuh/itik
• Kentang
• Tomato
• Kubis
• Timun
• Bawang
• Kelapa muda/tua
• Biji kopi
• Teh
• Lada hitam
• Gandum
• Beras
-Biji jagung
• Tepung gandum
• Tepung beras
• Tepung sagu
• Tepung ubi kayu
• Tepung jagung Kacang tanah
• Kopra
• Sosej ikan
• Gula putih
• Pasta
• Bihun/mi
• Susu tepung bayi-

-Milo
• Susu ibu mengandung
• Mi segera
• Roti putih
• Sayur campuran
Kicap
• Yis
• Sos cili/tomato/tiram
Biji bunga matahari
Belacan
• Benih pokok getah
-Kaya
• Agar-agar
• Tempe
• Minyak kelapa sawit

-Ais batu
• Marjerin
• Sardin (tin)
• Susu UHT berperisa
• Pes ikan
•Taufu
• Sambal ikan bilis (pek)
-Rempah ratus
-Bebola ikan

PERKHIDMATAN KECANTIKAN PUN ‘TERLEPAS’

barang dikecualikan sst

Foto: freepik

Dalam satu lagi keputusan penting, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan turut memutuskan untuk tidak meneruskan peluasan skop cukai perkhidmatan kepada beberapa perkhidmatan kecantikan. Ini termasuk perkhidmatan seperti:

1. Rawatan kuku (manicure & pedicure)

2. Rawatan wajah (facial)

3. Khidmat gunting rambut dan pendandan rambut

Keputusan ini juga dibuat hasil maklum balas rakyat serta pemain industri, susulan pengumuman asal SST yang dibuat pada 9 Jun lalu. Kerajaan melihat keperluan untuk menyeimbangkan antara kutipan hasil negara dan kesejahteraan rakyat, terutama sektor mikro dan kecil yang menyediakan perkhidmatan ini.

Dengan pelbagai langkah pengecualian ini, kerajaan menegaskan bahawa peluasan SST tidak akan membebankan rakyat, malah menyasarkan agar sistem cukai menjadi lebih progresif dan adil.

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×