Euforia Bola 2026
Dapur

Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!

barang kena cukai 2025

Mulai 1 Julai 2025, rakyat Malaysia bakal berdepan satu lagi siri kenaikan harga 5%, kali ini melibatkan barangan yang saban minggu memenuhi meja makan rakyat. Barang kena cukai 2025 kali ini adalah termasuk beberapa jenis ikan segar dan buah-buahan, yang selama ini dianggap makanan rakyat marhaen seperti ikan kembung dan ikan tongkol.

Langkah ini dikatakan bertujuan menambah hasil negara serta mengawal lambakan makanan import. Namun menjadi tanda tanya ramai, mengapa ikan dan buah B40 turut dikategorikan bersama makanan ‘mewah’?

Baca juga: SST Baharu: Ini Barangan Bukan Keperluan Dikenakan Cukai 5% Mulai 1 Julai 2025, Salmon Masuk ‘List’!

BARANG KENA CUKAI 2025: JENIS IKAN DAN BUAH-BUAHAN DICAJ TAMBAHAN 5%

barang kena cukai 2025

Foto: freepik

Salmonidae:

– Trout – Ikan trout
– Pacific salmon – Ikan salmon Pasifik
– Atlantic salmon / Danube salmon – Ikan salmon Atlantik / Ikan salmon Danube
– Other – Lain-lain salmon

Tuna:

– Albacore / Longfinned tuna (Thunnus alalunga) – Ikan tuna albacore
– Yellowfin tuna (Thunnus albacares) – Ikan tuna sirip kuning
– Bigeye tuna (Thunnus obesus) – Ikan tuna mata besar
– Atlantic & Pacific bluefin tuna (Thunnus thynnus, Thunnus orientalis) – Ikan tuna sirip biru Atlantik dan Pasifik
– Southern bluefin tuna (Thunnus maccoyii) – Ikan tuna sirip biru selatan
– Other – Lain-lain tuna

Lain-lain ikan pelagik dan komersial:

– Herring (Clupea harengus, Clupea pallasii) – Ikan haring
– Anchovies (Engraulis spp.) – Ikan bilis
– Sardines (Sardina pilchardus, Sardinops spp.) – Ikan sardin
– Sardinella (Sardinella spp.) – Ikan tamban
– Brisling / Sprats (Sprattus sprattus) – Ikan brisling
– Mackerel (Scomber spp.) – Ikan kembung
– Indian mackerels (Rastrelliger spp.) – Ikan kembung India
– Seerfish (Scomberomorus spp.) – Ikan tenggiri
– Jack / Horse mackerel (Trachurus spp.) – Ikan cencaru
– Crevalle / Jacks (Caranx spp.) – Ikan cupak
– Cobia (Rachycentron canadum) – Ikan haruan tasik
– Silver pomfret (Pampus spp.) – bawal putih
– Pacific saury (Cololabis saira) – Ikan sauri Pasifik
– Scads (Decapterus spp.) – Ikan selar
– Capelin (Mallotus villosus) – Ikan capelin
– Swordfish (Xiphias gladius) – Ikan todak
– Kawakawa (Euthynnus affinis) – Ikan tongkol
– Bonitos (Sarda spp.) – Ikan kayu
– Marlins / Sailfish / Spearfish (Istiophoridae) – Ikan layar / Ikan todak panjang

Cod dan spesies berkaitan:

– Cod (Gadus spp.) – Ikan kod
– Haddock (Melanogrammus aeglefinus) – Ikan haddock
– Coalfish (Pollachius virens) – Ikan coalfish
– Hake (Merluccius spp., Urophycis spp.) – Ikan hake
– Alaska Pollock (Theragra chalcogramma) – Ikan pollock Alaska
– Blue whiting (Micromesistius spp.) – Ikan whiting biru
– Other – Lain-lain

BUAH-BUAHAN

barang kena cukai 2025

Foto: freepik

Import- (Segar, Kering, Diberkukan, atau diawet)

– Pisang
– Nanas
– Epal
– Pear
Buah quince
– Anggur
– Avokado
– Buah jambu
– Buah sitrus
– Buah beri (Strawberries, Raspberries, Blackberries, Cranberries,Gooseberries)
– Mangga
– Lemon
– Betik
– Buah limau
– Durian
– Rambutan
– Longan
– Ciku
– Belimbing
– Laici
– Cempedak & Nangka
– Buah naga
– Manggis
– Tembikai
– Melon

Buah-buahan yang Diproses, Dibekukan & Dibungkus

-Dibekukan atau buah-buahan yang diawet seperti jem, jeli, marmalade, pes buah

-Minuman berasaskan buah-buahan :Jus buah-buahan, Air kelapa (tidak ditapai)

Nota: Walaupun beberapa buah ini ada ditanam tempatan, SST hanya dikenakan kepada versi import atau diproses sahaja. Namun, ada yang mengatakan bahawa sumber tanaman dalam negara masih tidak cukup..jadi versi import sudah jadi seperti barang asas…

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

Sumber:  Naratif Rakyat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×