Di sebalik hiruk-pikuk rutin harian, masih ada kisah kecil yang mampu menyentuh hati sesiapa sahaja. Baru-baru ini, tular kisah seorang budak sekolah yang gigih menjual keychain buatan tangan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan.
Dengan seragam sekolah masih tersarung di badan, dia berdiri di tepi jalan berhampiran SMK Likas, Sabah, demi mencari rezeki tambahan buat keluarganya.
BALIK SEKOLAH JUAL KEYCHAIN BUATAN TANGAN, UNDANG SEBAK

Menerusi perkongsian di laman Thread @carlreancharles, dalam jam 12 tengahari, seorang pelanggan yang kebetulan melalui kawasan tersebut sempat membeli tiga keychain dengan harga hanya RM4 sahaja. Harga itu dianggap sangat murah jika dibandingkan dengan usaha dan kerja yang dihasilkan.
Malah, pelanggan tersebut turut berkongsi bahawa dia akhirnya membayar lebih daripada harga asal kerana menghargai usaha kanak-kanak yang masih berada di sekolah rendah itu dan keluarganya dalam menghasilkan keychain tersebut.
Lebih menyentuh hati, pelanggan itu meminta kanak-kanak tersebut memilih sendiri satu keychain untuknya. Si kecil itu dengan penuh senyuman memilih keychain berbentuk rama-rama berwarna merah jambu. Sebagai tambahan, pelanggan itu turut menghadiahkan goreng pisang untuk dijadikan kudapan petang.
Bagi yang tertanya-tanya, kanak-kanak tersebut berniaga di kawasan Likas, Sabah, berhampiran dengan SMK Likas.
Kisah ringkas ini nyata menyentuh hati ramai kerana menggambarkan ketabahan seorang kanak-kanak dalam membantu keluarga sambil memanfaatkan kreativiti mereka menghasilkan keychain handmade yang comel dan mampu milik.

*Semoga orang ramai yang berada di kawasan tersebut dapat membantu menyumbangkan bantuan atau membeli jualan anak kecil ini.
Baca juga: Bayi Sawan Tiba-Tiba, Ibu Menangis Bawa Kereta, Pemandu Lain Tak Bagi Laluan Walaupun Double Signal!
Sumber: Threads
