Berpeluang untuk bertemu dengan barisan pemimpin negara sudah semestinya menjadi impian ramai. Tambah pula kalau dapat bertemu dan bercakap sendiri dengan figura yang bergelar Perdana Menteri ke-10 atau PMX Malaysia seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang momen tidak boleh dilupakan!
Begitulah momen yang dialami oleh seorang kanak-kanak yang tular di laman media sosial apabila dia ‘mengadu’ secara sendiri di hadapan Perdana Menteri Malaysia.
JUMPA PMX MALAYSIA, BUDAK INI MENGADU ‘DIRECT’ TANDAS SEKOLAH ROSAK!

Foto: Tiktok @norsahida89
Tular baru-baru ini apabila video seorang budak mengadu secara ‘direct’ kepada PMX Malaysia ketika bertemu di sebuah bazar Ramadan. Dalam klip berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX dilihat berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak dan tidak dapat digunakan. Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
MENTERI PENDIDIKAN PUN ‘DISERU’!
@norsahida89 #pmx2025 #kemuntingtaiping #14 ♬ bunyi asal – norsahida89
Video berkenaan turut mendapat perhatian Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
“Ok PMX, dengar nama saya diseru!” komen Fadhlina.
Sementara itu, perkongsian video ini mendapat perhatian warga maya yang memuji keberanian kanak-kanak tersebut yang tampil menyuarakan masalah secara berdepan dengan pemimpin negara. Berikut antara komen warga maya;
“Level ko lain dik. Orang report dekat cikgu kelas ko report dekat PM direct,” seloroh seorang pengguna.
“Alhamdulillah.. Aduan daripada anak-anak pun diambil perhatian oleh PMX.. Terbaik PMX,” puji seorang lagi.
“PMX memang ok kita boleh cakap macam biasa, dia pun hulurkan tangan salam. Dia tak nak nmpak perbezaan rakyat dan pemimpin,” tulis seorang lagi.
“Tak pernah dalam sejarah mana-mana murid sekolah mengadu kerosakan terus pada PM….kerana PM sebelum ini tak semesra dengan murid-murid atau budak-budak macam PMX ..pasal tu budak-budak dan murid sekolah pun berani bercakap dengan PMX seperti kenalan lama…itu lah PMX,” kata netizen.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 130,000 tontonan dengan lebih 9,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna.
*Terbaik adik!
Baca juga: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Umum TAMBAHAN Cuti Hari Raya Aidilfitri 2025!
Sumber: Tiktok @norsahida89
