Euforia Bola 2026
Rakyat

“Jangan Suruh Ambil EL!”- Staf Ada Cuti ‘Khas’ Untuk Bencana Alam Termasuk Banjir, Ini Borangnya..

cuti kecemasan am

Nampaknya, musim tengkujuh di dalam negara kini makin teruk hari demi hari. Di beberapa negeri seperti Kelantan dan Perlis, paras air mula naik, jalan ditutup, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara dan ada pekerja yang perlu mengambil cuti kecemasan am.

Dalam keadaan genting begini, pihak majikan terutamanya bahagian Sumber Manusia memang perlu cakna dengan hak cuti pegawai atau pekerja yang terkesan dengan bencana sebegini.

Baca penuh: #DaruratBanjir: Ustazah Asma’ Harun Kongsi 6 Doa Mujarab Boleh Amalkan

TERLIBAT DALAM BENCANA BANJIR, PEKERJA LAYAN GUNA CUTI KECEMASAN AM…JANGAN ‘SENTUH’ EL!

cuti kecemasan am

Foto: wikiimpact

Ramai tidak tahu, sebenarnya pegawai yang terlibat dengan bencana seperti banjir, tanah runtuh dan apa-apa kejadian alam di luar kawalan, layak memohon Cuti Kecemasan Am. Ya, betul, tidak perlu ambil EL atau potong Cuti Rehat. Jom fahamkan dengan jelas.

Cuti kecemasan khas ini khusus untuk kecemasan bukan berpunca daripada hal peribadi, tetapi sebab musibah yang berlaku di luar kawalan manusia. Antaranya:

  •  Banjir
  •  Tanah runtuh
  •  Bencana alam yang menyebabkan pegawai tak dapat hadir bekerja

Tapi perlu ingat, tidak semua kecemasan layak bawah cuti ini. Kes seperti:

  • Kebakaran rumah
  • Kemalangan kenderaan
  • Rumah dimasuki pencuri

… tidak termasuk dalam kategori Cuti Kecemasan Am kerana ia dianggap kecemasan peribadi. Ramai ingat bila banjir, automatik boleh ambil cuti tapi sebenarnya wajib maklumkan awal kepada penyelia atau Ketua Jabatan.

Jika pegawai tidak maklum terlebih dahulu, Ketua Jabatan berhak untuk tidak meluluskan permohonan cuti kecemasan tersebut. Jadi walaupun sedang kelam-kabut selamatkan keluarga atau harta benda, sekurangnya hantar mesej ringkas untuk makluman awal.

Bila Perlu Buat Permohonan?

cuti kecemasan am

Contoh borang cuti kecemasan am.

Walaupun cuti boleh digunakan pada hari kejadian, borang permohonan boleh dihantar selepas pegawai kembali bertugas. Borang rasmi ada dalam MyPPSM SR4.2.7(A), tetapi kebanyakan jabatan menggunakan borang dalaman yang memerlukan:

  • Pengesahan Unit Sumber Manusia
  • Kelulusan Ketua Jabatan

Mudah saja, yang penting hantar, jangan senyap saja.

Dalam waktu bencana, staf bukan hanya berdepan kesukaran untuk ke tempat kerja, malah ada yang berjuang menyelamatkan keluarga, dokumen penting dan harta benda. Sebagai majikan yang prihatin, ini masa untuk menunjukkan sifat bertimbang rasa dan
memudahkan urusan staf yang diuji.

*Musim banjir kali ini dijangka berlarutan. Moga semua yang terkesan dipermudahkan urusan, dilindungi daripada bahaya, dan urusan pekerjaan juga tidak membebankan mereka.

Baca juga: Aktiviti Mendulang Emas Kembali Trending, Ini Senarai Lokasi ‘Panas’ Di Kelantan Dibenarkan Untuk Mendulang

Sumber: Keknie Sha, Borang Jabatan Audit Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×