Euforia Bola 2026
Cantik

5 Trivia Tengku Natasya Adnan, Bakal Suri Hati Putera Sultan Pahang, Rupanya Anak Tokoh Politik

tengku natasya adnan

Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung selama tiga hari. Istiadat itu akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Sebelum ini ramai yang mendengar ura-ura sahaja mengenai perkahwinan ini namun semuanya menjadi realiti! Sudah semestinya ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut siapakah gerangan gadis berwajah klasik seperti model ini yang berjaya menawan hati putera kesayangan negeri Pahang?

Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar

5 TRIVIA TENGKU NATASYA ADNAN, SI PUTERI BERJAYA TAMBAT HATI TENGKU MUHAMMAD

Mari kita singkap sedikit butiran mengenai keunikan wanita yang memikat perhatian ramai, dan ketahui apa yang menjadikannya begitu istimewa di mata Tengku Muhammad.

1.Berusia 29 tahun

tengku natasya adnan

Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor, dilahirkan pada tahun 1995 dan kini memasuki usia 29 tahun. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah dilahirkan pada 3 Ogos 1997 dan memasuki usia 27 tahun.

2.Anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan

tengku natasya adnan

Masihkah anda ingat kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, seorang tokoh politik terkemuka Malaysia? Tengku Natasya merupakan anak kepada Tengku Adnan bin Tengku Mansor, lebih dikenali sebagai Ku Nan, merupakan seorang figura politik berpengaruh di Malaysia.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan Malaysia dari 2006 hingga 2008 dan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia dari 16 Mei 2013 malah antara orang politik terkaya!

3.Ibu Tengku Natasya merupakan pelakon terkenal Indonesia

Tengku Natasya Adnan dilahirkan daripada perkahwinan Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini.

Ibunya adalah seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfileman Indonesia pada tahun 1980-an. Perkahwinan ini menggunakan adat suku Jawa, dan selepas berkahwin, Enny meninggalkan dunia hiburannya dan berpindah ke Malaysia.

4.Ada 5 adik-beradik

Foto: Instagram Tengku Nadira

Tengku Natasya Adnan mempunyai lima adik-beradik yang cantik-cantik serta kacak, iaitu Tengku Iqbal, Tengku Hafiz, Tengku Nadira, Tengku Najwa, dan Tengku Nabila. Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya, termasuk Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir dan Tengku Nadiah.

5. Dah selesai Majlis Khatam Al-Quran

Pada 6 Oktober 2024, kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bersama anakandanya Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah di Taman Duta.

6. Majlis Siraman Adat Jawa

Majlis siraman mengikut adat Jawa dari belah Tengku Natasya juga telah diadakan sebagai persiapan untuk Istiadat Perkahwinan Diraja pasangan ini. Melalui video di Instagram Kesultanan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan hadir ke majlis tersebut, yang juga berlangsung di Taman Duta.

*Semoga segala urusan perkahwinan diraja pasangan merpati dua sejoi ini berjalan dengan lancar dan ramai tak sabar nak menyaksikan secara langsung!

Baca juga: [FOTO] Sekitar Majlis Akad Nikah Tengku Puteri Afzan & FD Idzham, Sama Cantik Sama Padan!

Sumber: Kesultanan Pahang, Lifestyle Asia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×