Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini. Tiket ETS tambahan ini adalah usaha memenuhi keperluan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.
Jadi, di bawah merupakan jadual perjalanan untuk tren tambahan tersebut.
Baca juga: Hidup Tanpa Hiburan, Ini 7 Bandar Dikatakan Paling BOSAN Di Malaysia Yang Anda Kena Tahu!
TIKET ETS TAMBAHAN SEMPENA AIDILFITRI 2025 DIJUAL BERMULA 4 MAC

Jadual dari KL Sentral ke Butterworth.
KTMB dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Butterworth – KL Sentral.
“Langkah ini diambil bagi menampung permintaan tinggi susulan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada telah habis dijual.
“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan dengan jumlah keseluruhan 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” menurut kenyataan itu.
KTMB memaklumkan, tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini mula dijual hari ini (4 Mac) bermula pukul 10 pagi. Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB.

Jadual dari KL Sentral ke Padang Besar.
*Cepat-cepat beli sebelum habis dan tak dapat pulang beraya!
Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!
Sumber: KTM Berhad, AWANI
