Euforia Bola 2026
Asuh

Hebat! Seawal 6 Bulan Bayi Sebenarnya Dah Pandai Tiru Gerakan & Mampu ‘Master’ 16 Jenis Isyarat

bayi tiru gerakan

Bayi tiru gerakan seawal 6 bulan? Ya, ia bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Ramai ibu bapa mungkin belum sedar bahawa bayi mereka sudah pun berupaya meniru gesture atau gerakan mudah, selagi mereka dilatih secara konsisten setiap hari.

Dalam satu perkongsian oleh Wan Nur Syakira di Facebook, beliau menjelaskan bahawa bayi berumur 6 bulan ke atas memang sudah bersedia untuk meniru pergerakan dan bunyi yang sering mereka lihat dan dengar.

Baca juga: Elak Sapu Bedak Talkum Di Kemaluan Bayi, Nampak Tak Bahaya Tapi Risiko Tumbuh Sel Kanser Ovari!

BAYI TIRU GERAKAN DI USIA 6 BULAN

bayi tiru gerakan

Gambar hiasan: jcomp

Ini termasuklah gesture ringkas seperti:

  • Bye bye
  • Flying kiss
  • Angguk dan geleng kepala
  • Tadah tangan tanda nak sesuatu
  • Menjawab salam
  • Menoleh apabila dipanggil

Gesture atau gerak isyarat ini sangat penting kerana ia adalah asas kepada komunikasi verbal, sebagaimana dikongsikan oleh terapis perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu belajar meniru serta memahami maksud isyarat dan kata-kata yang digunakan oleh orang dewasa sebelum mereka boleh bertutur dengan jelas.

Berdasarkan pengalaman beliau sendiri, gesture “bye bye” menjadi latihan pertama kepada anak-anaknya. Beliau akan bantu anak dengan gerakan fizikal dahulu seperti angkat tangan bayi ke atas dan ke bawah sambil menyebut “bye bye” berulang kali setiap hari.

Contoh lain:

“Saya juga selalu tanya, ‘Mana Maryam Sofiyyah?’ dan saya lanjutkan dengan ‘Saya’, sambil bantu bayi angkat tangan,” kongsinya.

Bagi bayi yang sudah mula memegang objek (biasanya sekitar 6 bulan ke atas), latihan gesture juga boleh digabungkan dengan perkataan, seperti:

“Saya tadah tangan sambil cakap ‘Ummi nak’, kemudian ambil barang perlahan-lahan. Tekankan pada perkataan ‘nak’.”

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 9 Idea Goodies Yang Sihat, Kreatif & Murah, Sesuai Untuk ‘Birthday’ Anak

Jangan pandang ringan fasa ini

Ramai ibu bapa anggap bayi hanya makan, tidur, buang air dan menyusu. Tapi sebenarnya, fasa ini sangat penting untuk rangsangan awal komunikasi dan perkembangan otak.

Pakar perkembangan kanak-kanak menyatakan, bayi seawal 16 bulan sepatutnya sudah mampu melakukan sekitar 16 jenis gesture.

Jangan tunggu anak mula bercakap baru nak mula ajar gesture. Setiap detik bersama bayi adalah peluang untuk bantu perkembangan mereka.

Latih gesture ketika:

  • Bermain
  • Menyusu
  • Waktu mandi
  • Sebelum tidur

Paling penting, konsisten dan sabar. Bila bayi mula meniru balik, perasaan itu tak dapat digambarkan. Seronok dan puas hati!

Jadi, bayi anda dah mula buat gesture apa? Mulakan dengan yang mudah dan biasakan ia dalam rutin harian.

Jangan lepaskan masa emas perkembangan anak. Setiap isyarat kecil adalah langkah besar ke arah pertuturan yang jelas dan komunikasi berkesan!

Baca juga: Anak Tak Mengamuk Bila Telefon Diambil? Awas, Mungkin Dia Dah Ketagih Gajet Dalam Senyap!

Sumber: Wan Nur Syakira

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×