Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi 6 Bulan Disahkan Meninggal Di Taska, Dipercayai Lemas Dalam Posisi Tidur Tertiarap

bayi 6 bulan

Terbaharu, satu kejadian tragis mengundang rasa pilu apabila seorang bayi lelaki berusia 6 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri. Bayi 6 bulan tersebut berada dalam keadaan tertiarap dan dibedung di sebuah taska di Padang Temu, Melaka, semalam.

Ternyata, kejadian melibatkan bayi atau kanak-kanak meninggal dunia di taska ini sangat ‘menyeramkan’ buat ibu bapa.

Baca lagi: Ini Contoh Taska/Pengasuh Yang Bagus, Mak Ayah Kena Alert!

BAYI 6 BULAN MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN TERTIARAP DI TASKA

bayi 6 bulan

Foto hiasan: freepik

Insiden menyedihkan itu berlaku sekitar jam 5 petang apabila pengasuh yang bertugas secara bergilir menemukan bayi tersebut dalam keadaan wajah kebiru-biruan dan tidak bergerak.

Difahamkan, si kecil itu telah ditidurkan dalam posisi meniarap sambil dibedung di atas tilam selama hampir satu jam tanpa sebarang pemantauan rapi.

Melihat keadaan bayi yang tidak memberi sebarang reaksi, pihak taska segera membawanya ke Klinik Utama Ujong Pasir bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Pasukan perubatan terus memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit sebelum merujuk bayi berkenaan ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans.

Namun, segala usaha menyelamatkan nyawanya termasuk CPR di zon merah hospital tidak mampu mengubah takdir apabila bayi malang itu disahkan meninggal dunia. Menurut sumber terdekat, tiada sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah ditemui pada tubuh bayi, namun siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Risiko Tidur Dibedung & Tertiarap: Bahaya Yang Jarang ‘Alert’

bayi 6 bulan

Foto hiasan: freepik

Walaupun amalan membedung bayi sering dilakukan bagi menenangkan tidur si kecil, pakar menyarankan agar ia dihentikan apabila bayi mula aktif bergolek secara lazimnya sekitar usia 4 hingga 6 bulan.

Hal ini kerana, bayi yang dibedung tidak mampu mengubah posisi tubuhnya sendiri, menjadikan posisi meniarap amat berbahaya.

Oleh itu, sangat penting untuk orang ramai tahu bahawa meletakkan bayi dalam posisi tidur tertiarap sambil dibedung boleh menyekat saluran pernafasan dan meningkatkan risiko kematian secara mengejut, atau dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

Baca juga: Kalau Nak Bedung Bayi Kena Bedung Elok-Elok Supaya Tak Alami ‘Hyp Dysplasia’!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×