Euforia Bola 2026
Famili

Bayi Usia 6 Bulan Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu Bapa Maut Kemalangan Tragis Kereta Bertembung Lori

bayi 6 bulan

Sebuah kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 54.5, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi pada Ahad meragut nyawa sepasang suami isteri, namun anak mereka yang merupakan bayi 6 bulan terselamat walaupun mengalami kecederaan.

Apa yang meruntun hati orang ramai lagi adalah bayi ini dalam sekelip mata menjadi anak yatim piatu kerana mak ayahnya terkorban.

Baca juga: Kecoh! Bas Rombongan Murid Tahun Enam Dibaling Batu Orang Awam, Ada Yang Menangis Ketakutan

BAYI 6 BULAN YATIM PIATU SEKELIP MATA, KEMALANGAN TRAGIS 3 KENDERAAN KOTA TINGGI

bayi 6 bulan

Foto kejadian.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24 tahun, dan isterinya Nur Fatihah Othman, 28 tahun. Kedua-duanya dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Bayi mereka, Nur Laylaa Batrysha, yang berada dalam kerusi keselamatan kanak-kanak, mengalami kecederaan di kepala tetapi berjaya diselamatkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas itu sekitar jam 1.30 petang. Insiden berkenaan membabitkan Perodua Myvi, Toyota Vios dan sebuah lori Hino membawa muatan kosong.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Myvi yang dipandu lelaki berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori sawit.

Akibat impak kuat itu, serpihan kenderaan turut mengenai Toyota Vios yang berada di laluan sama,” katanya dalam kenyataan media.

Nahas tersebut meragut nyawa pemandu dan penumpang hadapan Myvi, iaitu pasangan suami isteri tersebut. Bayi mereka yang berada di bahagian belakang dalam kerusi keselamatan dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Pemandu lori, lelaki tempatan berusia 47 tahun, mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios berusia 46 tahun turut cedera dalam insiden itu.

Superintendan Yusof memaklumkan bahawa kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Salam takziah diucapkan dan semoga bayi tersebut dijaga oleh keluarga dengan baik.

*Seorang pengguna Thread yang mendakwa sebagai keluarga terdekat mangsa memaklumkan pada hari sama sepatutnya diadakan majlis cukur jambul bayi 6 bulan bernama Nur Laylaa Batrysha tersebut.

“Arwah mummy bayi ni sepupu rapat suami saya sejak kecil. Semalam (Ahad) sepatutnya majlis cukur jambul bayi ni. Kita semua tunggu dia tapi tak sampai-sampai. Dapat tahu dia kemalangan,” katanya.

bayi 6 bulan

Baca juga: “Tiga Bulan Lagi Nak Sambut Anak Ketiga Lahir, Suami Pergi Dulu…”- Runner Maut Dalam Nahas Tragis Lori

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×