Baru-baru ini tular dengan lebih 5 juta tontonan di laman media sosial Tiktok apabila sebuah video memaparkan bayi kembar lima. Lebih menarik perhatian ramai lagi apabila bayi-bayi lelaki tersebut kini sudah membesar dengan sihat dan ‘dilabel’ seperti kumpulan Boys Over Flower di dalam drama bersiri Korea Selatan.
Bagaimana agaknya proses kehamilan ibu kepada kanak-kanak kembar lima ini ya?
Baca juga: Bukan Mudah Guna Teknik ‘Gentle Parenting’, Uyaina Arshad Kongsi Hampir ‘Meletup’ Kalau Tak Sabar
BAYI KEMBAR LIMA ‘VIRAL’ DAH MASUK SEKOLAH, KECIL LAGI PUN KACAK!

Pasangan suami isteri, Lely dan Habibie yang tular di laman media sosial ini berkongsikan kisah bahawa setelah menimang cahaya mata sulung yang ketika itu berusia 1 tahun 2 bulan, mereka merujuk kepada doktor untuk ikhtiar hamil anak kedua.
Semasa pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa ibu ini mempunyai 2 kantung yang mempunyai 4 janin. Namun, lebih menarik lagi apabila selang dua minggu kemudian, tanpa diduga adalah bukan 4 janin tetapi 5 janin yang ada di dalam kantung! Maka, kembar lima ini pun dilahirkan pada tanggal 2 Januari 2016 melalui pembedahan caeserean.
“Ini bermakna, satu sel telur berpecah kepada dua. Semuanya berjaya,” kata Lely.
Ternyata mempunyai anak kembar dua pun sukar untuk dikenali, apatah lagi mempunyai anak kembar lima. Jadi ibu ini menamakan kembar ini mengikut huruf vokal iaitu Abbid Muhammad Akbar (A), Izzul Syaefuddin Al Akbar (I), Uqkail Fathul Akbar (U), Ezra Khairu Akbar (E) dan Oxy Abhitya Akbar (O) dan mereka semua kini berusia 8 tahun.

Ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen dengan bertanyakan apakah tips untuk mendapatkan kembar lima dan dugaan ibu ini semasa hamil. Apa yang boleh disampaikan adalah semua ini adalah rezeki dari Allah SWT dan sudah semestinya semasa hamil kembar lima lelaki ini, selera makannya bertambah mendadak dari kebiasaan.
Tidak ketinggalan untuk disampaikan kepada pembaca, setelah selamat melahirkan kembar lima lelaki, ibu ini melahirkan anak perempuan bongsunya pada tahun 2021 dan menjadikan ini adalah anak ketujuh. Memang rezeki!
@aiueos_kembarlima Bukan kembar 2 Bukan kembar 3 Buakn juga kembar 4 Kami KEMBAR 5 AIUEO @AIUEOS FAMILY @BapakKembar5 #kembar5 #kembarlima #kembar #kembar5aiueo #keluargakembarlima #bocilkembarlima #aiueosfamily #quintuplets #aiueo #kembar5cirebon ♬ suara asli – Aiueos_kembar5
Sumber: Liputan6, Tiktok @aiueos_kembarlima
