Euforia Bola 2026
Famili

Tak Tahan Dengar Tangisan Anak Sendiri, Ayah Hempas Bayi 6 Bulan Atas Lantai.. Kejam!

AYAH HEMPAS ANAK

Ayah hempas anak sendiri kerana tidak tahan mendengar tangisan menjadi punca kematian seorang bayi perempuan berusia enam bulan dalam satu kejadian yang mengejutkan di Indonesia.

Suspek dikenali sebagai IS, 28 tahun, didakwa bertindak di luar kawalan apabila bayi berkenaan menangis tanpa henti.
Ketua Polis Sektor Ciputat Timur, Kompol Bambang Askar Sodiq memaklumkan bahawa sebelum kejadian, suspek sedang dukung anaknya di dalam sebuah warung.

Baca juga: Sekelip Mata Jadi Tragedi! Besi Panas Bahang Matahari Jadi Punca Tangan Anak Melecur…

AYAH HEMPAS ANAK KERANA NANGIS, BAYI 6 BULAN MAUT

AYAH HEMPAS ANAK

Freepik

Suspek kemudiannya meminta ibu kandung bayi tersebut menyediakan susu kerana bayi itu terus menangis.

Menurutnya, keadaan bertukar menjadi tragedi apabila suspek hilang sabar kerana bayi tersebut tidak berhenti menangis. Dalam keadaan emosi, suspek didakwa bertindak ganas dengan menghempas bayi itu ke lantai sebanyak dua kali.

“Suspek emosi kerana anak tidak berhenti menangis, dia kemudian melemparkan anak yang sedang didukung ke atas lantai sehingga bahagian kepala bayi terhantuk, menyebabkan pendarahan,” jelasnya.

Akibat kecederaan tersebut, bayi berkenaan segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan akibat pendarahan serius di bahagian kepala. Pihak keluarga kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hasil siasatan awal turut mendapati kejadian berlaku dalam keadaan rumah yang gelap kerana bekalan elektrik terputus akibat kehabisan duit. Suspek mendakwa keadaan tersebut menyebabkan bayinya menangis berterusan.

AYAH HEMPAS ANAK

Detik News

Menurut keterangan suspek, bayi tersebut dihempas kali pertama di atas tilam secara meniarap, manakala kali kedua di atas katil dalam keadaan terlentang. Suspek juga mengakui kepala bayi terhantuk botol susu ketika kejadian kedua.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut undang-undang berkaitan penderaan kanak-kanak yang menyebabkan kematian.

Kes ini sekali lagi mengundang kebimbangan masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga serta keperluan sokongan emosi dan keibubapaan bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

Baca juga: Nama Graduan UiTM, Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya Jadi Tumpuan

Sumber: Detik News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×