Menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid, merupakan salah satu ibadat yang paling dinantikan oleh umat Islam pada bulan Ramadan. Maka, kualiti imam masjid yang dipilih untuk mengetuai jemaah bukanlah calang-calang orang. Dan tidak menghairankan sekiranya mereka dibayar dengan angka yang tinggi sehingga ribuan ringgit.
Sebagaimana dilakukan oleh Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Kelantan, yang sanggup mengeluarkan belanja mencecah lima angka setiap kali Ramadan untuk membayar imam solat tarawih.
Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!
IMAM MASJID SOLAT SUNAT TARAWIH DIBAYAR 5 ANGKA

Gambar portal masjid.e-maik.my: Masjid Jamek Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai, Kelantan
Imam Satu, Ahmad Maher Safiain menyatakan, untuk menggalas tanggungjawab itu individu tersebut perlu menepati kriteria utama iaitu mempunyai suara merdu dan ‘gagah’, serta bertaranum dengan baik bagi memukau para jemaah.
“Ini yang penting kerana sepanjang bulan yang penuh rahmat dan pahala berganda ini, kami mahu bacaan imam sepanjang solat tarawih dapat menyentuh jiwa para jemaah.
“Ia secara tidak langsung menjadi daya tarikan mereka untuk datang ke masjid dan menggandakan amalan,” katanya kepada Sinar Harian.
Baca juga: Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 2025, Seluruh Negeri Di Malaysia! (Lengkap)
Mementingkan imam daripada kalangan hafiz al-Quran tempatan

Gambar Sinar Harian: Ahmad Maher
Selain itu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai turut mementingkan imam daripada kalangan hafiz al-Quran tempatan berbanding imam import.
Disebabkan bayaran lumayan, tidak dinafikan pihaknya sering mendapat permohonan individu dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Mesir untuk menjadi imam di sini.
Ahmad Maher memberitahu, namun semua itu ditolak kerana lebih mengutamakan anak tempatan.
Baca juga: Sengaja Batal Puasa Untuk Bersetubuh Di Siang Hari? Hati-Hati Anda Kena Bayar KAFFARAH!
Penginapan, makanan dan kenderaan turut disediakan percuma

Gambar Sinar Harian: Jemaah Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai. Suara imam yang merdu menambah khusyuk para jemaah.
“Dari segi kadar bayaran pula, pihak masjid telah menetapkan angka khas iaitu RM6,000 namun jumlah tersebut berganda sehingga mencecah lima angka apabila para jemaah akan menyumbang serta bersedekah dengan niat berkongsi rezeki dengan imam tarawih.
“Biasanya kita ada buka Tabung Ihya Ramadan untuk jemaah bersedekah dan ia juga akan diberikan kepada imam tarawih. Dari segi penginapan, makanan serta kenderaan pula, semuanya disediakan secara percuma kepada imam tarawih berkenaan,” katanya.
Baca juga: Di Majlis Keramaian, Islam Larang Duduk Semula Bila Selesai Makan & Ini Sebabnya!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Portal masjid.e-maik.my / Sinar Harian
