Euforia Bola 2026
Nur

Ibu Ayah Tolong Jangan ‘Cilok’ Duit Raya Anak Bayar Roadtax, Hukumnya HARAM!

bayar roadtax

Musim perayaan sering kali disambut dengan penuh kegembiraan, terutamanya apabila anak-anak menerima duit raya daripada ahli keluarga dan kenalan. Namun begitu, timbul persoalan apabila ada segelintir ibu bapa yang mengambil kesempatan menggunakan duit raya anak mereka untuk keperluan peribadi, seperti bayar roadtax (cukai jalan) kenderaan.

Dikatakan penggunaan tersebut hanyalah untuk kecemasan dan akan diganti semula namun, adakah hukumnya dibenarkan dalam Islam?

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

NAK BAYAR ROADTAX TAPI GUNA DUIT RAYA ANAK? UAI JELAS HUKUMNYA

bayar roadtax

Foto hiasan.

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, tampil memberi penjelasan berhubung isu ini. Beliau menjelaskan bahawa hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak untuk kegunaan sendiri adalah HARAM, walaupun dengan niat untuk menyelesaikan keperluan penting seperti roadtax.

Menurut beliau, duit raya yang diberikan kepada anak adalah hak milik anak tersebut, dan tidak boleh digunakan oleh ibu bapa tanpa izin. Tambahan pula, jika anak itu masih belum baligh, mereka tidak sah untuk memberikan keizinan terhadap penggunaan duit mereka.

Ramai mak ayah sekarang cakap, tidak mengapa sebab itu duit anak mereka sendiri. Bagi yang tak ada ilmu kata macam tu lah, tapi sebenarnya haram,” jelas UAI.

Beliau menegaskan bahawa ibu bapa yang telah menggunakan duit raya anak-anak untuk kegunaan sendiri wajib menggantikannya semula.

Kaedahnya ialah, duit raya anak itu adalah hak dia. Kita tidak boleh ‘mencuri’ duit anak, lebih-lebih lagi jika anak itu belum baligh,” tambah beliau.

NAK AMBIL BAWA PERGI SIMPAN BOLEH, BELANJA TAK BOLEH!

@ustaz.azhar.idrus Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak @Ustaz Azhar Idrus Official @UAITUBE MY #tazkirahtiktok #lailatulqadar #kuliahonline #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #ustazazhar #ustazazharidrus #hariraya #selamarhariraya ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus

Dalam Islam, prinsip pemilikan harta sangat jelas iaitu hak seseorang, termasuk kanak-kanak, tidak boleh diambil atau digunakan tanpa keizinan yang sah. Ini termasuklah duit raya yang walaupun secara zahir diterima oleh anak kecil, ia tetap dianggap milik mereka sepenuhnya.

Ustaz Azhar turut menambah, menyimpan duit raya anak adalah dibenarkan sekiranya tujuannya untuk keselamatan atau simpanan masa depan, namun menggunakannya untuk belanja tanpa izin adalah dilarang.

Ambil (duit raya) untuk simpan boleh lah, ambil belanja tanpa izin tak boleh. Kanak-kanak yang belum baligh tidak sah memberi izin,” UAI.

Beliau turut mengaitkan prinsip ini dengan isu pengurusan harta anak yatim selepas kematian ibu atau bapa. Sekiranya si mati meninggalkan anak kecil, sebarang penggunaan harta si mati untuk perkara yang bukan wajib seperti tahlil juga tidak dibenarkan tanpa persetujuan sah daripada waris yang telah baligh.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu lebih peka terhadap amanah yang dipikul dalam menjaga hak anak-anak, termasuklah dalam hal penggunaan duit raya. Sebaiknya, duit tersebut disimpan atau digunakan untuk keperluan anak itu sendiri, dan bukannya dijadikan sumber menampung perbelanjaan orang dewasa.

Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!

Sumber: Tiktok @ustaz.azhar.idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×