Euforia Bola 2026
Rakyat

KKM Pertimbangkan Tambah Buah & Sayur Untuk Bantuan SARA, “Baru Hidup Rakyat Berubah…”

barang bantuan sara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah buah-buahan dan sayur-sayuran dalam senarai barang bantuan SARA.

Langkah ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk memupuk gaya pemakanan sihat dalam kalangan rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan tersebut bertepatan dengan matlamat kerajaan untuk mengubah corak pemakanan rakyat secara beransur-ansur dan wajar diberikan perhatian serius.

Baca juga: Tukar Cip MyKad Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini (23 September) – JPN

BARANG BANTUAN SARA: BUAH & SAYUR AKAN DIPERTIMBANGKAN

barang bantuan sara

Menurut beliau, penambahan itu boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan ‘nudging’ atau dorongan halus, bagi menggalakkan masyarakat membuat pilihan yang lebih sihat.

“Saya lihat ini satu cadangan yang baik dan patut dipertimbangkan. Ia merupakan antara strategi mendidik rakyat untuk berubah secara perlahan-lahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa pemantauan semasa mendapati masih ramai rakyat Malaysia yang kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, terutama apabila dilihat mengikut kumpulan umur tertentu.

Katanya, penambahan buah dan sayur dalam bantuan bukan hanya soal menampung keperluan harian, tetapi juga sebagai strategi jangka panjang untuk membentuk kesedaran pemakanan sihat sejak awal.

“Persoalannya adalah bagaimana kita mahu galakkan orang ramai mula mengambil buah dan sayur. Jadi kalau ia dimasukkan dalam bantuan asas, sekurang-kurangnya kita sudah mulakan proses pendedahan itu,” tambahnya.

Jelas beliau lagi, memastikan makanan sihat lebih mudah diperoleh dan lebih mampu milik adalah sebahagian daripada pendekatan berperingkat untuk mengubah gaya hidup rakyat secara menyeluruh.

Untuk makluman, ketika ini bantuan SARA merangkumi 14 jenis barangan asas termasuk beras, tepung, roti, minyak masak, telur, biskut, mi segera, makanan dan minuman dalam tin serta ubat-ubatan.

Setakat ini, lebih 13 juta penerima telah membuat penebusan bantuan secara sekali gus di seluruh negara.

Baca juga: Tak Perlu Tergesa-Gesa, Bantuan SARA RM100 Boleh Digunakan Sampai 31 Disember!

Sumber: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×