Euforia Bola 2026
Rakyat

Oh Ada Rupanya! Golongan Bujang Kini Terima Bantuan SARA RM600 Setahun Ganti STR, Ini Cara Semak

str bujang

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya Sumbangan Tunai Rahmah untuk kategori bujang masih ada ataupun tidak. Mulai tahun 2026, penerima STR bujang di bawah 60 tahun tidak lagi akan menerima bayaran tunai seperti sebelum ini.

Sebagai ganti, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 setiap bulan. Kredit ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih seluruh negara.

Baca juga: Kad Pengenalan Disalahguna, Bantuan SARA ‘Lesap’ – KDN Janji Mangsa Akan Dapat Semula Duit Mereka

STR BUJANG 2026 MASIH ADA, DITUKARKAN JADI BANTUAN SARA RM600 SETAHUN

str bujang

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan memperkukuh sokongan bantuan secara lebih menyeluruh dan memastikan penerima menggunakan bantuan untuk keperluan asas harian. Syarat kelayakan STR bujang 2026 adalah:

  • Individu bujang layak memohon STR 2026 jika menepati kriteria berikut:
  • Warganegara Malaysia berstatus bujang, ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda tanpa anak yang menepati syarat.
  • Berumur antara 21 hingga 59 tahun.
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) layak jika berumur 19 tahun dan ke atas.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di mana-mana IPTA atau IPTS.
  • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.

Nota penting: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas (termasuk OKU 19 tahun ke atas) yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai individu bujang. Sebaliknya, mereka hanya boleh didaftarkan sebagai tanggungan di bawah permohonan isi rumah.

Langkah baharu ini dijangka membantu menstabilkan kos sara hidup golongan bujang berpendapatan rendah serta memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya.

Cara Semak Status & Kelayakan

str bujang

Foto hiasan.

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima STR atau tidak, semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi:

1. Layari laman web rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda.

3. Klik butang “Semakan Permohonan”.

4. Status kelulusan dan jumlah bayaran yang layak diterima akan dipaparkan di skrin.

Kadar dan fasa bayaran STR 2026 akan ditentukan berdasarkan kategori kelayakan setiap pemohon. Dengan pelaksanaan bantuan baharu ini, golongan bujang tidak lagi menerima STR secara tunai, namun masih mendapat manfaat menerusi SARA RM600 setahun.

Baca juga: Pemohon STR 2026 Wajib Daftar Akaun Baharu Walaupun Pernah Mohon Dulu, Ini Caranya Supaya Tak Terlepas!

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×