Seorang OKU fizikal dari Bachang, Melaka, menunjukkan semangat luar biasa sebagai seorang bapa apabila sanggup berkerja keras demi membesarkan tiga orang anak walaupun dirinya menghidap penyakit jantung tahap tiga dan ditinggalkan oleh isteri.
Razak bin Baba, 55 tahun, kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Difahamkan, isterinya telah pergi meninggalkan rumah bersama semua pakaian dan barangan peribadi, tanpa sebarang pesan.
Baca juga: KPM Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin, Ibu Bapa Jangan Risau & Beri Kepercayaan
BAPA OKU FIZIKAL KERJA DEMI SARA 3 ORANG ANAK

Sejak kejadian itu, hanya dia seorang diri menguruskan anak-anak yang berusia 18, 16 dan 10 tahun. Meskipun keadaan fizikalnya terbatas dan kesihatan semakin merosot, Razak tetap keluar bekerja setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, menjahit kasut di sebuah kedai kecil di Malim Jaya, Melaka terletak bersebelahan kedai emas dan sebaris dengan Maybank.
“Saya memang sedih sebab isteri dah tinggalkan saya, mak, ayah dan abang dah meninggal dunia. Jadi, saya sendiri kena jaga anak-anak saya. Saya akan kerja apa-apa sahaja untuk rezeki yang halal. Sayalah mak dan sayalah bapa untuk mereka,” ujarnya.
Pekerjaan menjahit kasut bukan mudah, apatah lagi bagi seorang yang mengalami kecacatan fizikal. Namun, itulah satu-satunya sumber pendapatan untuk menyara keluarga kecilnya.
Perkongsian menyayat hati tentang Pak Cik Razak oleh Ustaz Jungler di TikTok telah menyentuh hati ramai. Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan doa dan harapan agar beliau terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0412341100048140, Razak bin Baba.
Baca juga: Tangan Anak Shuib Melepuh Teruk Akibat Terkena Minyak Panas, Ibu Tiri Kongsi Detik Cemas…
Sumber: TikTok
