Euforia Bola 2026
Famili

“Anak Bawah Lengan Suami…”– Detik Hiba Ibu Temui Suami & Bayi TIDAK BERNYAWA Dalam Rumah

pantang bersalin

Apa yang sepatutnya menjadi rutin kesihatan biasa bertukar menjadi detik paling menyayat hati buat Azura Abdul Malik yang baru selesai pantang bersalin, 37 tahun, apabila menemui suami dan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik tidur mereka, pagi tadi di Kampung Perigi Hang Tuah.

“Saya baru pulang dari pejabat, niatnya nak bawa anak kami untuk suntikan usia tiga bulan… tapi sebaik melangkah ke dalam rumah, saya dapati suami tak sedarkan diri dan bayi kami terbaring lemah di bawah lengannya,” katanya dalam nada sebak.

Baca juga: Beberapa Pelajar UPSI Yang Terlibat Nahas Bas Di Gerik Dilaporkan Alami KECACATAN KEKAL

TRAGEDI LEPAS PANTANG BERSALIN, ANAK DAN SUAMI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DI RUMAH

pantang bersalin

Foto: Malaysian Gazette

Menurut laporan Malaysian Gazette yang menemu bual Azura, tiada kesan kecederaan atau tumpahan darah ditemui, namun Azura segera menghubungi pihak hospital.

Malangnya, kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia iaitu suaminya, Nuruleffendy Ibrahim, 35 tahun, di tempat kejadian, manakala bayi lelaki mereka, Nur Daniel, 3 bulan, menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan. Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi di kediaman mereka.

Sementara itu, adik kepada arwah, Masturadiana Ibrahim, 33, ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka berkata, dia amat terkejut dengan pemergian abangnya.

“Setahu saya, arwah tak pernah ada masalah jantung. Cuma malam tadi dia ada mengadu sakit dada pada kakak ipar, tapi dia enggan ke hospital,” katanya.

pantang bersalin

Foto Melaka Hari Ini, lokasi rumah.

Tambahnya lagi, lebih menyedihkan adalah bayi itu masih hidup sewaktu dibawa ke hospital, namun keadaannya terlalu lemah.

“Tak sangka pagi ini kakak ipar berlari ke rumah saya yang tak jauh dari rumahnya, dengan wajah cemas sambil beritahu abang dan anak mereka dah tak sedarkan diri,” katanya.

Menurut Masturadiana, hari ini merupakan hari pertama kakaknya kembali bekerja selepas cuti bersalin selama tiga bulan.

“Sepatutnya hari ini jadi permulaan baru untuk kakak saya… tak sangka pula ia berakhir dengan kehilangan dua insan yang paling dia sayang serentak,” katanya pilu.

Baca juga: Janin Cukup Sifat DIBUANG Di Tandas Stesen Minyak, Video Tular Dedah Si Ibu Sempat Beli Tuala Wanita

Sumber: Melaka Hari Ini, Malaysian Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×