Euforia Bola 2026
Rakyat

NADMA Umum Bantuan RM1,000 Kepada Setiap Keluarga, Tapi Mangsa Banjir Kena Berdaftar Dulu Di PPS

mangsa banjir

Musim hujan yang semakin rancak di beberapa negeri tahun ini terus memberi kesan kepada ramai mangsa banjir, khususnya mereka yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bagi meringankan beban sebaik pulang ke rumah, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumumkan bahawa setiap keluarga yang berdaftar di PPS layak menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000.

Baca juga: Ini 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Di Malaysia Yang Dikenal Pasti, Pemaju Perlu Beri Perhatian!

BWI RM1,000 AKAN DIKREDITKAN TERUS KE AKAUN BSN MANGSA BANJIR

mangsa banjir

Gambar NSTP: Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim (dua kiri) menyantuni mangsa banjir di PPS SK Sri Rumpat 2, Kota Bharu.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim, berkata bantuan berkenaan hanya akan disalurkan melalui Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan tiada pemberian tunai di PPS.

Menurut Meor Ismail, bantuan itu akan diberikan selepas mangsa pulang ke rumah.

“Matlamat kita bila mangsa banjir balik ke rumah, dapat BWI tapi semua melalui akaun BSN, tiada bantuan tunai.

“Mana yang tiada akaun BSN, pergi ke kaunter buka akaun. Bantuan itu untuk membeli keperluan asas sebaik pulang ke rumah dan nilainya RM1,000 untuk satu keluarga, syaratnya, mesti berdaftar.”

Beliau menekankan bahawa pendaftaran di PPS sangat penting bagi memastikan proses penyaluran bantuan berjalan tepat dan cepat.

“Kita mohon semua mangsa berdaftar. Daftar dan balik rumah pun tak apa sebab kadang-kadang ada yang perlu jaga rumah dan keluar bekerja.

“Cuma kalau ada mangsa dalam kalangan anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya (OKU), minta kekal di PPS,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS SMK Geting pada Selasa.

Dalam pada itu, Meor Ismail memaklumkan bahawa aset dan kekuatan sumber manusia untuk penugasan banjir masih mencukupi pada masa ini.

Beliau berkata sebanyak 103,500 petugas agensi berkaitan berada dalam keadaan siap siaga dan sebahagiannya telah bertugas di lapangan.

“Kita ada Skuad Insan MADANI yang diketuai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bila-bila masa boleh gerakkan jika ada keperluan,” katanya.

Baca juga: [TERKINI] JAKIM Tegaskan ‘Muslim Choice’ Tak Diiktiraf Sebagai Penanda Halal!

Daftar di PPS untuk elak keciciran bantuan

NADMA sekali lagi menegaskan bahawa setiap keluarga yang berpindah perlu melalui proses pendaftaran di PPS bagi mengelakkan keciciran bantuan. Pendaftaran ini juga penting untuk rekod keselamatan dan penyelarasan pihak penyelamat.

Dengan pemberian BWI RM1,000 ini, diharapkan ia dapat membantu mangsa membeli barangan asas seperti makanan, pakaian, peralatan rumah dan keperluan harian lain selepas pulang melihat keadaan rumah masing-masing.

Jika anda atau ahli keluarga terjejas, pastikan anda mendaftar di PPS terdekat dan membuka akaun BSN sekiranya belum mempunyai akaun bagi memudahkan urusan bantuan. Semoga semua mangsa banjir dipermudahkan urusan dan dilindungi sepanjang musim tengkujuh ini.

Baca juga: Kes Rog*l Di Kelantan Meningkat, Melibatkan Hubungan Suka Sama Suka & Pilih ‘Port Di Rumah Atau Hotel Bajet!

Sumber: Buletin TV3

FT Image: BERNAMA (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×