Susulan banjir yang melanda di beberapa tempat di dalam negeri Selangor, media telah melaporkan dua individu ditemui maut yang berpunca daripada renjatan elektrik di dalam air banjir.
Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!
TIPS KESELAMATAN SITUASI BANJIR, ELAK RENJATAN ELEKTRIK

Keadaan mangsa yang maut dalam kejadian di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam.
Mayat pertama ditemui pagi Jumaat di sebuah kedai barangan binaan yang turut didiami oleh mangsa di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam.
Mangsa merupakan warga asing berumur 27 tahun dan ditemui terapung dalam keadaan tertiarap bersama bangkai seekor anjing, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam Iqbal Ibrahim.

Seorang lelaki maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika banjir di rumahnya di Padang Jawa, Shah Alam.
Kematian kedua pula melibatkan seorang penghantar makanan warga tempatan berumur 24 tahun yang ditemui mati petang hari yang sama di rumahnya di Kampung Padang Jawa, Klang.
Menurut Iqbal, siasatan awal mendapati mangsa terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas semasa rumah dinaiki air.
Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!
PANDUAN KESELAMATAN ELEKTRIK DI SITUASI BANJIR
Justeru itu, orang ramai diingatkan suptipaya berwaspada dengan penggunaan barang-barang elektrik dan elektronik semasa musim banjir bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik.
Berikut merupakan panduan keselamatan elektrik di situasi banjir sebelum, ketika dan selepas boleh dijadikan panduan.
1. Sebelum banjir
- Matikan suis kelengkapan elektrik dan diikuti suis utama
- Pindahkan kelengkapan elektrik ke tempat yang tinggi
2. Ketika banjir
- Elak penggunaan alat elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan
- Jika paras air meningkat, hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline bagi memutuskan bekalan elektrik.
- Jauhi peralatan atau kabel elektrik yang terendam walaupun bersalut penebat
- Hindari tiang besi atau mana-mana pepasang TNB yang tenggelam bagi mengelak risiko renjatan
- Tutup semua di soket alir keluar dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik
- Matikan sistem solar PV bagi mengelak bekalan suap balik ke sistem pendawaian premis
- Tutup suis utama sebelum berpindah
3. Selepas banjir
- Matikan suis utama sebelum membersihkan alat elektrik atau pendawaian
- Suis dan perkakas elektrik yang terendam perlu diperiksa dahulu oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
- Jauhi dahan pokok di talian elektrik kerana bekalan elektrik mungkin masih disalurkan dan hubungi TNB untuk tindakan segera
- Jangan guna galah atau tangga diperbuat daripada besi/aluminium berhampiran talian elektrik
- Awasi anak-anak supaya tidak menghampiri tiang dan kabel elektrik yang rosak
Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’
Sumber: Tenaga Nasional / Malaysia Kini / Majlis Keselamatan Negara
FT Image: Sinar Harian / Google
