Euforia Bola 2026
Didik

Warganet Terkejut Bila KL Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Asia, Makin Tak Yakin Keluar Seorang!

bandar paling bahaya

Percaya atau tidak, Kuala Lumpur (KL) telah disenaraikan sebagai salah satu bandar paling bahaya di Asia. Menurut Indeks Jenayah 2025 yang dikeluarkan oleh Numbeo, KL mencatatkan indeks jenayah sebanyak 59.0.

Selain Kuala Lumpur, terdapat beberapa bandar utama di Asia yang turut mempunyai tahap jenayah yang tinggi seperti Damascus, Manila dan Quezon City yang mendahului senarai.

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

BANDAR PALING BAHAYA DI ASIA

bandar paling bahaya

Gambar: wirestock

Seperti rajah di bawah, Kuala Lumpur dengan indeks jenayah sebanyak 59.0 berada di kedudukan tangga keenam dalam senarai tersebut.

Ia meletakkan ibu negara Malaysia berada di belakang tiga teratas bandar-bandar paling berbahaya di Asia iaitu Damascus (68.9), Manila (64.5) dan Quezon City (63.9).

Data ini secara tidak langsung telah mengejutkan ramai, terutama warga maya yang menetap di Malaysia.

Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!

Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!

Bandar-bandar lain yang tersenarai

Sementara itu di bawah Damascus, ibu negara Syria yang mendahului senarai dengan indeks jenayah tertinggi, diikuti dua bandar di Filipina iaitu Manila dan Quezon City.

Tempat keempat dan seterusnya ialah Dhaka (Bangladesh), Delhi (India) dan Ghaziabad (India). Di mana, ketiga-tiga bandar itu mencatatkan indeks jenayah melebihi 60.

Di bawah Kuala Lumpur, iaitu tangga ke tujuh dan seterusnya adalah Tehran (Iran), Karachi (Pakistan) dan Baghdad (Iraq). Perkara ini menunjukkan bahawa bandar-bandar besar di Asia mengalami masalah isu jenayah yang serius.

Biarpun begitu, sejauh mana kebenarannya yang meletakkan Kuala Lumpur di dalam senarai Indeks Jenayah 2025, tidak salah untuk memberikan perhatian serius kepada maklumat mengejutkan ini.

Ia boleh dianggap sebagai peringatan agar pihak berwajib dapat meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

bandar paling bahaya

Baca juga: Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!

Sumber: Instagram @seasia.stats

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×